Bagaimanakah tiada wujud
sempadan bila ada negara?
Bagaimanakah tiada wujud
kerajaan bila ada warga?
Bagaimanakah tanah yang tiada
bernegara?
Bagaimanakah kelulusan lesen dipelihara
oleh undang-undang apabila harta persendirian/harta awam tiada berada di
atas tanah rezab?
Adakah kerana ini wujud wilayah-wilayah yang tidak berstruktur walau pun wilayah itu berkroni?
Bagaimanakah pengekalan/penempatan tentera dan senjata kimia tidak
menyumbang kepanasan suhu apabila berada di bawah takat beku?
Siapakah yang bertanggungjawab mengubah cuaca dan iklim dunia?
Negara miskin dan warganya?
Bagaimanakah ketiadaan banyak reaktor nuklear di tanah muslim namun
segala keberangkalian risiko dinatijjahkan ke atas mereka?
Bagaimanakah tenaga asas dari sumber-sumber galian kami upaya dikronikan
di antara negara tetapi hasil kekayaan cuma diagihkan di kalangan eliet
kerajaandengan harga dan nilai-nilai yang berbeza?
Apakah jenis pembekalan ummah digagas sekadar tempuh 10 hingga 20 tahun
bukan sehingga akhitrat?
(19/Januari/09)
11.01
Tiada ulasan:
Catat Ulasan