Tidak salah untuk berasa hairan apabila melihat bagaimanakah tanah air kita disingkirkan di dalam berbagai aktiviti yang sewajarnya menjadikan kita berasa bangga dengan nama Malaysia.
Apakah Asian itu hanya diwakili oleh Filipina Indonesia Thailand, Korea, Jepun, Cina, India, Nepal, Sri Lanka dan Pakistan sahaja di kebanyakan negara-negara Teluk?
Tatkala trade mark bagi jenama Halal dirintis oleh tanah air kita.
Saya turut berasa pelik dan hairan apabila bilangan susun kicap-kicap soya masih tidak terlihat kicap lazat jenama Kipas,Tamim, Adabi, Jalen tatkala bilangan kicap soya dan makanan produk dari negara Asean yang lainnya sudah disusun atur di kebanyakan premis dagangan di Qatar ini.
Mengapakah hanya sos Linggam sahaja disusun atur di premis yang kurang dikunjungi oleh ramai pengguna yang memerlukannya?
Mungkin ada alasan peribadi?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan