Daripada: | teja thanaif (thanaif@hotmail.com) |
Dihantar: | 23 Februari 2010 14:55:32 |
Kepada: | rana_qbs@hotmail.com; thanaif@gmail.com; thanaif@yahoo.com |
Hanya berkongsi dengan apa yang telah dan sedang saya lakukan ialah mengirai kesaratan buku Encik Charles Leadbeater mengenai WE THINK yang telah diutarakan di dalam nota di Face Book di bawah tajuk Kehilangan. Sila ke Face Book saya yang dipantau 24 jam setiap hari malah diamnipulasi dan didominasi sebelum dieksploitasi.
Buat masa ini saya sedang dijangkiti penyakit bosan kerana terpaksa melalui kegiatan yang sama apabila mengadap lap top.
Talian di Sony Ericsson saya pula ke dua-duanya tidak membenarkan penggunaan akses internet.
Cuba nyatakan kepada saya apakah saudari bersetuju bahawa individu itu dikitari oleh lapisan-lapisan peringkat mewarisi adat yang dimulai dari yang tua bergelar moyang sehingga sampai kepada kita?
Perjalanan masa yang begitu lama seabad, sekurun, sedekad tempuh masa yang panjang tetapi dilingkarkan oleh lingkaran berdiam diri tanpa dibenarkan bersuara.
Bisu itu sama dengan tuli.
Maksud saya fikirkanlah bahawa Islam agama individu sahajakah tanpa terikat dengan masyarakat?
Di manakah masyarakat itu kini apabila persamaan jelas wujud dan minta diperbaharui dengan mempluraliskannya pula dengan pendirian yang lain?
Misalannya perkataan A-Qaeda dan Taliban.
Adakah kalimah huruf Al-Qaeda dan Taliban ini akan menjadikan mana-mana email atau catatan turut didakwa sebahagian dari rangkaian pengganas?
Saudari wajar menyetujui bahawa kita masih terjajah tatkala mengupas erti mulia bangsa apabila masih mengelak untuk menerima Islam sebagai cara hidup.
Apakah peranan falsafah dalam mengukur sumber mercu keilmiahan pemikiran dan peradaban andai jejak diri kita terciplak tersadur dari percetakan konsep yang menaungi semangat konsumer sehingga ketaksuban dan kefanatikannya memurtadkan budaya lantaran tidak mahu agama menjadi sebagai asas buat dipertimbangkan urusan kehidupan .
Agama saya tidak menggalakkan pembaziran.
Agama saya tidak menggalakkan pembaziran.
Adakah orang miskin yang melakukan pembaziran?
Siapakah yang sebenarnya yang melakukan pembaziran?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan