Jumaat, 21 Jun 2013

Email Kepada Tuan Fauzul Na'im Ishak


  • RE: Teja, Tahukah Anda? Pendapatan Pengarang Buku Lebih Baik Daripada Penyanyi‏


    Daripada:teja thanaif (thanaif@hotmail.com)
    Dihantar:08 Januari 2010 10:51:42
    Kepada:latihan@akademipenulis.com


    Asslaamualaikum Tuan,

    Terima kasih kerana berterusan kekal memberi harapan.

    Saya tersenyum sehingga sukar mendapatkan respon di minda tatkala memajakkan pemikiran kepada makna kekeluargaan dalam tempuh untuk menghayati sebuah kejayaan.

    Pengorbanan masyarakat di peradaban siber bermaklumat ini tidak upaya menandingi pengorbanan Ansar 
    terhadap Muhajirin yang perlu mengundi untuk dipastikan tawaran persaudaraan siapakah yang perlu disambut.

    Sementelahan sifat motivasi yang merundingkan saranan-saranan untuk dihimpun kepercayaan waktu itu tidak lansung terkait dengan unsur-unsur keuntungan untuk diraih perkongsian bijak membuatkan saya termanggu sikap siapa yang mahu kita ikuti jejaknya di zaman yang serba baru ini.

    Seperti sebelumnya saya tidak dapat menghadiri apa-apa seminar atau bengkel untuk menjadikan penulisan sebagai karier kerana tidak berada di dalam negara.

    Tidak sukar untuk ditanyakan bagaimanakah Tuan upaya membantu dengan keadaan seperti ini tatkala saya pernah menghadiri kursus Puan Pengerusi PTS?

    Terima kasih.

Tiada ulasan: