Khamis, 20 Jun 2013

Kepada: donotreply@wordpress.com

 
Catatan dari thanaif@hotmail.com / Lelawati binti MohdAli


Bagaimanakah wajar dilihat ketelusan di dalam mempersaingkan sistem yang semakin tidak 

dihormati dan tidak mendapat tempat di minda khalayak yang berada di kelas pertengahan 

terhadap makna pengurusan korporat yang kini dilakukan 'adjustment structural' di PBB dalam 

mengagihkan semula kekayaan dunia menerusi pembahagian pentenderan pelaburan meliputi 

berbagai bidang yang direncanakan mengikut isu yang mencabar matlamat ini yakni pengedaran 

penggunaan senjata nuklear di kalangan negara kuasa utama dunia di samping negara 

kecil Israel.



Apakah pelaburan kemanusiaan juga memerlukan pentenderan apabila kepantasan komunikasi 

tidak menghalang 'Hak Intelek Mengenai Dagangan' disalah gunakan sehingga upaya dipertikaikan

setiap perjanjian MOU dan syarat-syarat pelaburan dagangan yang tidak berupaya menjamin 

keadilan, keseimbangan, kesamarataan dan kebersamaan yang tidak mengoptimumkan 

kepenggunaan kemahiran warga di negara-negara yang sering diletakkan di wilayah 'hitam'.



Siapakah yang memberikan hak  kepada Amerika juga sekutunya untuk menjadi pemantau utama 

di dalam usaha dihayati makna 'penyah-jajahan' yang dimiliki oleh kebanyakan negara 

menerusi kemerdekaan?


24/9/09
 
  
 




Tiada ulasan: