Selasa, 4 Jun 2013

Catatan Kepada Cik Puan Rozaini

Pernah dahulu saya membantah untuk menerima laporan yang menimbulkan kekeliruan oleh wartawan Asytle Kuan (ejaan mungkin salah) yang menggambarkan secara umumnya marhaen Malaysia menyakini kejujuran amalan demokrasi yang hanya berasaskan kepada pungutan suara yang sudah pasti dilakukan secara rawak (adakah sejenis dengan undi popular?) 

Dan sesungguhnya amat wajar diberi piawaian yang lebih bertanggungjawab sebelum sesuatu pendirian itu mahu dirumuskan oleh wartawan terhadap isu-isu utama sesebuah negara khususnya setelah diketahui media dan saluran komunikasi tidak benar-benar berupaya menyebarkan maklumat yang seimbang apabila secara umumnya mereka adalah warga pekerja yang bergaji dan perlu mengendalikan tugas dengan sikap yang perlu dibina berdasarkan kepentingan.

Misalnya bagaimanakah menangani isu 'spending more to military doesn’t have an impact to your dollar?'

Bagaimanakah ciri mata wang yang baik mencetuskan pembelian jika saiz pasaran mereka berbeza-beza?

Apakah pemberita tidak mengambil sesuatu sikap terhadap sesuatu isu jika berdasarkan isu politik, ekonomi, sosial, budaya, pendidikan, kesihatan, teknologi, sains penyelidikan dan sebagainya yang mewakili kepemimpinan tertentu? 

Bagaimanakah media menangani persoalan yang perlu dianjurkan kepada gereja di Vatican City atau England terhadap kesahihan bahawa wujudkah kerajaan atau badan organisasi, korporat dan persatuan untuk berkonspirasi di peradaban moden ini?


Adakah apabila menggunakan Google, Microsoft dan Yahoo bermakna masyarakat perlu sentiasa menyertai Amerika di dalam setiap sudut kegiatan?


Wajar dianjurkan persoalan pada sistem pendidikan di dunia muslim sehingga dekad yang manakah ketiadaan marketing internet menurut fikh gagal diwujudkan sistem softwarenya. 

Bagaimanakah merelevankan pembelian laptop atau komputer yang tidak disedari kewujudan persijilan lesennya masih menjadikan pembeli komputer dan laptop berisiko menjadi mangsa oleh tempuh-tempuh tertentu yang luput masa sah untuk digunakan perkhidmatan yang ditawarkan.


Bagaimanakah merelevankan kewajaran berpengetahuan mengenai cakera padat software apabila menjadi kelaziman bagi syarikat pengeluar laptop dan pembina software utama dunia menerusi susunan program algorithmsnya mengadaptasikan dan menduplikasikan sesetengah catatan peribadi kepada jaringan 'programmer 'object oriented programming' yang memautkan akses ke lingkaran sistem pendidikan mereka oleh capaian komunikasi ke serata jangkauan sektor kegiatan aktiviti. Malah ia membina juga network ke sesalur hiburan juga rangkaian pelancongan yang menjadikan wujud rangkaian perniagaan oleh susunan kawal atur dari sistem satelit yang berupaya mencerobohi hak berperibadi.


Pada sisi yang lain sudah menjadi kewajaran diberikan piawaian yang lebih bertangungjawab sekiranya sesuatu pendirian mahu dilakukan oleh wartawan terhadap isu-isu domestik sesebuah negara yang berbeza permasalahan perlu ditangani.

Pada dekad ini apakah wajar diterima bahawa semakin tidak relevan untuk diambil sesuatu ketetapan berdasarkan pengumpulan pandangan?

Apakah wajar etika kewartawanan dipikul oleh amanah kebertanggungjawaban terhadap kemanusiaan bagi yang bukan muslim dan amanah bertangungjawab kepada keimanan untuk yang muslim?

Ini upaya mendepani dengan lebih rasional terhadap kepentingan yang wajar diketepikan terhadap kepentingan pemilik saham atau pemilik akhbar apabila berhadapan dengan kepentingan massa atau ummat yang memerlukan pembelaan.

Ini juga mewajarkan difahami mengapakah sesetengah negara memerlukan badan pemantauan antarabangsa dalam mengendalikan sesuatu seperti menyelenggarakan pilihanraya misalnya.

Sediakah fikh diterima sebagai piawaian yang membudayakan akhlak dan moral sebagai peradaban di dalam lingkungan pengamal media?


28/9/2008

1939

Tiada ulasan: