Benarkah ketoleransian Islam sebagai pemimpin zaman diperkecilkan yang diusahakan oleh media barat juga timur serta di kalangan
muslimin sendiri?
Benarkah intelek media kini semakin merundum lantaran ketidak
pekaan untuk pengamalnya menyedari selama ini kebanyakan mereka mendapat
ganjaran yang tinggi bagi pakej perkhidmatan mereka di negara-negara penghasil utama sumber tenaga (minyak dan
gas) yang dikatakan mendapat fokus utama oleh Amerika dan negara industri buat
dibiayakan penyaluran modal untuk diaktifkan semula kegiatan ekonomi.
Apakah intelek media tidak memiliki ruang menggunakan sepenuhnya
psikologi yang mewakili 'kemodenan' dan kemajuan peradaban tamadun barat yang
kini mempiawaikan ketinggian info dan maklumat yang tidak upaya disekat dan
selama manakah sifat bias sedia diterima di dalam masyarakat moden pada abad 21
ini?
Adakah lantaran bimbang untuk bersikap defensif wujud pelaporan
berita-berita yang tidak dipilih untuk dipaparkan di televisyen?
Adakah semangnya mahu dicetuskan perbalahan untuk dihindari kepekaan warga (muslim) kini terhadap
kewajaran untuk mereka turut mengetahui bagaimanakah sumber kekayaan negara
mereka tidak menjadikan faktor pengubah itu dimiliki oleh pemimpin-pemimpin
mereka tatkala ‘ulil amri’ ditakrifkan sebagai khalayak pemimpin yang wajib
ditaati?
Sewaktu catatan ini ditulis, media siber diaktifkan dengan laporan
tentang Mr.Alex yang tidak diketahui identitinya yang dikaitkan dengan sifat
yang membina diri masyarakat moden yang berfobia dengan islam :
Mr. Alex ini sesungguhnya menzahirkan nilai dan kualiti pendidikan
kemanusiaan yang berjaya dihasilkan oleh sistem pendidikan barat yang
seolah-olah tidak memiliki sasar berbudaya bagi menjalinkan keharmonian
terhadap makna perbezaan agama, bangsa, budaya, bahasa sosial yang mewujudkan
perbezaan cara hidup dan berfikir ummat oleh tuntutan memperbahrui sikap
terhadap permasalahan yang ditinggalkan oleh sejarah tamadun dekad-dekad yang
lalu.
Ini merupakan di antara halangan-halangan untuk dihayati bagaimanakah
kemahiran berfikir itu turut disepadukan oleh kebebasan bermaklumat yang
menatijahkan kemunduran ummat telah disumberkan oleh peradaban yang mahu
dikekalkan untuk menjadi sistem yang tidak lagi menyumbangkan kesejahteraan dan
keamanan kepada dunia dan penghuninya.
Nun dengan pena amanahnya bagaimana dimediakan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan