Isnin, 10 Jun 2013

Email-email thrall_throes@yahoo.co.uk

Catatan kepada Moderator@islamonline.net

Assalamualaikum Puan Moderator,
 
Berhadapan dengan kegagalan adalah satu kesempatan untuk mencari peluang meningkatkan usaha yang menerbitkan banyak sikap-sikap positif samada pada zahir mahu pun batin.

Menolak anggapan dan sentiasa berandaian antara kelemahan yang sukar dielak.

Intisari kejernihan peribadi bermula dari hasrat hati. 

Hasrat ini yang menekan diri untuk sentiasa berupaya mencari ruang dan peluang, mencipta kesempatan agar lahir kebaikan.
 
Tebaran waktu kini yang sarat dengan berbagai falsafah mencernakan kebingunan dalam mencari nilai sebagai pegangan. 

Apa yang amat meresahkan adalah tanpa di sedari waris generasi membuat tuntutan agar ada teladan contoh yang mulia dari mereka yang dilihat sebagai pemimpin atau ketua di kalangan ibu bapa dan masyarakat.

Kita menanggung rasa bersalah sepanjang hayat lantaran tidak mempergunakan peluang yang ada untuk menghalusi jiwa, hati dan nurani bahawa dunia ini semakin 'dewasa'. 

Dewasanya dunia diumpamakan tentang kebolehannya untuk menampung 'titik-titik hitam' yang semakin menipiskan lapisan ozon lalu gagal memerangkap udara segar untuk dihirup nafasnya oleh penghuni alam ini.
 
Amat diharapkan agar kita dengan penuh azam tidak membiarkan diri menjadikan kepentingan sebagai alasan untuk tidak bertolak ansur dan tidak mampu berfikiran terbuka terhadap isu-isu ummah di Timur Tengah.

Usahakan agar tidak tepat pandangan yang mengatakan 'orang yang berkepentingan tidak menghiraukan apa pun' kerana manusia yang jumlahnya yang berbilion adalah bersaudara. 

Sempadan adakah batas untuk saling berkenalan atau bertegas sebagai beza insan dalam membuat penilaian?
 
Harus diakui dengan jujur natijah dari perang salib adalah terbinanya persefahaman untuk manusia saling berinteraksi kesan dari pengaruh ilmu.

Penyebaran ilmu menjadikan musuh saling bersedia menghalus bicara mengatur budaya beradat seni demi menunjukkan darjat ia manusia bertamadun yang sempurna gaya dan langkahnya.

Lantaran wujud hubungan terjalinlah persefahaman...
 
Haruskah masa terus berlalu begitu sahaja berguguran detik ketika di antara kita tidak sudi  untuk saling menyapa namun dari kejauhan hanya memaling tanpa mahu mengenal rupa... tatkala berdekatan hilang suara... tanpa senyum mahu diniali rasa?

 
Akui dengan penuh makna bermula dari China ke Baghdad menuju ke Damsyik hingga membelah lautan Mediterranean... direntasi Kepulauan Hindia dan Laut Merah menyinggah ke Terusan Suez terus ke Eropah...ditinggalkan benua Asia dan Australia memandang jauh ke Amerika dan Afrika... apakah mahu menutup mata akan kehadiran muslimin yang setia pada negara tempat tumpah darahnya?

Ke mana mahu di arah agar mereka tidak silap melangkah?
 
Atas kesedaran bahawa manusia sentiasa ada keperluannya mahukah kita sentiasa bersengketa... tatkala bimasakti yang dipenuhi elektron atom mahukan kita saling bekerjasama menyingkap rahsia alam meningkatkan kemajuan teknologi mempelbagaikan teknik pendekatan yang memberi kebebasan agar semua berhak memajukan diri mengembeling fikir sebagai daya menghimpun kejayaan.
 
Namun budaya bahasa tetap menjatikan diri jika kemanusiaan tegar dicerobohi, ke mana harus kita berpaksi ? 

Suhu yang meningkat didih mencairkan sejatan beku kebekuan yang panjang andai terus kita berdalih kepada kebenaran.

Kegagalan memberi tempat kepada kesediaan melengkapkan ciri-ciri yang membawa kepada kejayaan akan kembali pudar jika tiada bersama keadilan dan kebenaran disandarkan sebagai peneraju.
 
Islam dapat memberi jawapannya. 

Muslimin mesti sama-sama menghargai usaha sesama sendiri agar kekuatan terbina dari kesederhanaan tanpa perpecahan.
 


Kegagalan bukan kuntum yang sepi dari perubahan.

thrall_throes@yahoo.co.uk
27/8/2006

Tiada ulasan: