Assalamualaikum Nur Qistina,
Agar Allah sentiasa di dalam minda dan jiwa kita untuk jasad lebih bernyawa ini bukan semata kenyang oleh tuntutan keperluan makanan yang di perolehi tetapi kerana semakin sedar untuk di kenali kekurangan dan kelemahan diri agar dapat diikatkan dengan kekuatan yang mendorong kebolehan dan kemampuan peribadi diwatakkan dengan pekerti dan moral yang lebih mulia sesuai dengan penciptaan kita sebagai insan mulia di sisi Allah andai dihadami kewajipan dan tuntutan mendidik, dididik mengasuh dan diasuh oleh pengalaman dari usia kanak-kanak, remaja hingga matang menjadi dewasa.
Orang tua adalah harta bagi generasi muda kecuali tatkala dia banyak bercakap anak-anak muda merasa orang tua sudah sukar memahami mereka namun apakah upaya kita gunakan plaster bagi menutup mulutnya...
Pada realitinya di dalam sudut sanubari kita yang paling dalam anak-anak muda tidak sampai hati untuk melakukannya seandainya digunakan gam kanji yang ada perisa pun kira ok juga hehhhehhhehhh.
Cubalah direka gam kanji berperisa sireh dengan kapur tetapi barah mulut dan rongga tekak pula risikonya..
Rokok lagilah tidak sesuai...
Sesungguhnya sukar bila berhadapan dengan orang tua tetapi bersyukurlah agama dan budaya kita amat menyantunkan budi tidak hanya untuk berbahasa bahkan juga untuk berjasa terhadap makna memiliki harta yang berupa ibu atau bapa serta datuk nenek yang sudah tua.
Pengalaman orang tua lebih meningkatkan kemahiran untuk dibentuk penyelarasan hala dan cara kehidupan kita pada hari ini.
Kita bertuah menjadi penduduk yang di lokasikan di Asia kerana kenusantaraan kita berimejkan budaya yang dikukuhkan oleh prinsip-prinsip agama untuk meletakkan benar dan adil sebagai nilai murni yang mengakalkan minda untuk utuh berperanan sebagai insan berpekerti mulia.
Teladan dipimpin oleh kejujuran yangberintegrasi tinggi tidak ingin bertindak untuk keperluan sendiri atau lebih kerap diungkap kroni.
Pengistilahan kroni rasanya barisan pimpinan baru kita di lima buah negeri upaya memodulkan penampilan baru bagaimana hubungan kekeluargaan adalah dicetak untuk diulang dan wariskan idea karisma oleh rasa kebertanggungjawaban bukan ke atas diri semata-mata tetapi diresapkan pembudayaan melahirkan seramai mungkin jiwa-jiwa yang beroh bebas merdeka tanpa mudah diputuskan oleh kebendaan sebagai sandaran menulangbelakangkan perjuangan.
Jika ini juga dianuti oleh barisan kepimpinan muda yang telah dipilih untuk dipercayai kita pasti akan berhadapan dengan kepupusan memiliki pewaris yang beridea bergagasan untuk menyahut cabaran alaf yang didimensikan oleh ketidakadilan globlalisasi.
Bahasa itu adakalanya mengubah persepsi kita dalam menilai sesuatu atau tindakan.
Pandai-pandailah mendidik pelajar.
Pasti nanti akan ditemui kebenaran untuk pendidikan dikaitkan dengan agama sebagai prinsip yang mematangkan minda mereka bukan hanya bersandar pada sokongan kesahihan akal semata-mata.Berinovasi dengan teknologi andai tanpa akidah sebagai akar pengukuhan peribadi, maslahat ummah tidak akan terbina kerana rakus pada penyelewengan untuk beramanah menjadikan fokus bertanggungjawab hilang
Realiti kini adalah warga mengingini kejujuran yang berinteraksi dengan sistem sebagai kekuatan negara yang rasanya upaya ditangani secara hikmah oleh Pakatan Rakyat...yang kebanyakan ahli mereka mempelajarinya sewaktu menjadi ahli kepada Barisan Nasional.
Rasanya kecendrungan mak anje ialah kepada politik jadi jangan bersalah faham dengan pelbagai pendirian.
Kita perlu membezakan keperluan psikologi pembangunan diri pelajar di bandar dengan di desa...
Ketiadaan perumahan yang memiliki infrastruktur sempurna sewajarnya tidak lagi wujud.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan