Catatan Kepada Moderator@islamonline.net
Puan Moderator,
Bertahun masa bergantian waktu, Islam telah tercemar lantaran salah tanggapan dan salah tafsiran di mana ketaatan muslim terabai oleh proses permodenan kepesatan pembangunan material hingga pembangunan spritual terpinggir.
Kemelut yang panjang memerlukan kekuatan yang disandarkan oleh iman yakin percaya dan perkara ini yang telah terpadam dari muslim.
Keperkasaan ekonomi memercukan gemilang kesungguhan untuk bersaing dan menjadikan ia dasar baru menggantikan persaingan berlumba minda mencetus idea menolak damai dengan senjata.
Kekaguman terhadap cara hidup moden di barat mesti diakui dengan jujur membawa sikap berterusterang oleh kebolehan mempsikologikan intelek dan emosi tidak semata-mata fikiran yang menjadi cara persediaan untuk berunding jika ada yang perlu di perbetulkan pada kekeliruan masa silam.
Muslim mesti berusaha menonjolkan asalusul islam yang sebenarnya.
Upayakah fikh sebagai gagasan untuk berkasih sayang saling membantu berkerjasama, muafakat untuk memelihara hak-hak saudara seagama tanpa mengenal sempadan.
Upayakah fikh sebagai gagasan untuk berkasih sayang saling membantu berkerjasama, muafakat untuk memelihara hak-hak saudara seagama tanpa mengenal sempadan.
Meneliti untuk mempamirkan peribadi yang baik.
Akhlak luhur jaminannya kekuatan jasad yang bersalut budi untuk mempelbagaikan cara menyampaikan seruan yang benar.
Minda yang aktif berfikir dan merancang untuk kemajuan akan sentiasa bersedia untuk melakukan perubahan.
Teknik yang ideal terhadap kaedah penyelesaian dari cara mana pun Islam menerimanya selagi tidak bertentangan dengan prinsip fikh dari ajaran agama.
Pencarian keadilan mesti bersama kebenaran.
Tidak terperangkap dengan kesamaran maksud dan hajat pasti sesuatu akan dapat dilakukan.
Persoalannya samada kita bersedia atau tidak dan bagaimanakah persediaan itu dilakukan.
Kebangkitan kesedaran bahawa agama satu keperluan untuk membangkitkan semula kecemerlangan insan dengan nilai kemanusiaan yang tinggi mesti sewajarnya sama-sama disambut kerana sistemnya adalah benar dan mensejahterakan jasmani dan rohani.
Iman adalah kekuatan spritual yang menakluk akal memacu minda untuk dorongan semangat agar berani berusaha bersungguh berazam beriltizam dengan penuh komitmen membuka medan kemenangan tanpa bergantung mengharap simpati tetapi berhubung dengan bermuafakat untuk jaya diri.
Kita tidak mahu miskin hati tidak juga rendah pekerti.
Ekonomi yang mantap membina keyakinan untuk imej kejayaan yang meminimakan kelaparan nilai yang merendahkan sikap.
Usaha ini memerlukan pendidikan bimbingan yang lengkap sempurna untuk dunia juga akhirat.
Yakinlah dengan interaksi komunikasi yang jujur kita akan berjaya.
Elakkan dari sentiasa berprasangka dan curiga.
thrall+throes@yahoo.co.uk
25/9/2006
Tiada ulasan:
Catat Ulasan