Ahad, 30 Jun 2013

Email Kepada Nisrin ElDifrawi

1

Cik Nisrin,

Tuhan bagi setiap manusia adalah satu sahaja yang meminta hamba-hambaNya yakni kita yang dibezakan oleh warna kulit dan nama dengan kegenderan yang berbeza agar berusaha melahirkan masyarakat yang mengenal akhirat kerana saudari memaklumi sepenuhnya pendirian nasrani dan yahudi mengenai 'the Creator of the universe' bukan terdiri dari manusia.

Saya masih berbicara berasaskan pembacaan dari buku 'Letter To A Christian Nation' yang penyambungan pembacaan buku-buku yang lainnya telah memperlahankan aktiviti penulisan saya juga hampir kesemua buku-buku yang dibeli beberapa tahun yang lalu.

Ini juga dialaskan dengan terlalu banyaknya masa dilansungkan di siber menerusi interaktif gelombang pancar gelombang yang saudari-saudari dan rangkaian majikan saudari sengajakan dihalakan kepada kepekaan neuron pendengar penonton dan pelayar di medan tele komunikasi saudari.

'Selfish' di dalam bahasa saya mementingkan diri sendiri.


11

Tuhan saudari dan tuhan saya adalah satu dan Dia Melihat dengan saksi malaikat siapakah yang telah mempersendakan dan mempermainkan kesemua ruang kesempatan yang diberikan kepada akal untuk melahirkan daya usaha menerokai bidang perhubungan bagi diinteraksikan individu dengan masyarakat yang saya lihat pada pengabaian hakikat menghormati hak-hak berperibadi.

Sehubungan dengan itu upaya diujarkan apakah kita perlu terus mengekalkan sikap bias di dalam berinformasi setelah nyata dengan jelas sikap tidak upaya berlaku adil dilaksanakan oleh kebanyakan kerajaan yang ada pada masa ini.

Saya tidak faham gerbang dunia apa yang mahu dibina jika dengan cara paksaan tatkala hakikatnya ialah bukan kesemua suka dipaksa tanpa dibenarkan untuk memilih terlebih dahulu.

Tiada ulasan: