Tahniah
Cik Aiman kerana warga semakin memahami keperluan sebuah pilihanraya dan semakin mengerti maksud serta tujuan demokrasi.
Bagaimanakah sedia dilansungkan
kewajaran bahawa kepimpinan harus bersedia untuk tidak lagi mewujudkan kesempatan untuk diraih kekayaan dari hasil
negara?
Kini berbeza sekali
penampilan seluruh kempen kepimpinan di seluruh dunia yang mencari ruang
kesempatan memindahkan kesalahan dan kesilapan kepada khalayak pribumi yang
tidak pernah terlibat atau terkait melumpuhkan ekonomi atau mempergunakan
politik ke atas diri mereka sehingga kita menjadi keliru untuk memahami kaedah bagi
menanganinya apabila punca-punca kepada sumber kewujudan masalah tidak bersedia
diselesaikan sebaliknya dicambah-cambahkan penyesalan dan kekecewaan ke atas
warga yang tidak bersalah malah tidak berdosa.
Umpamanya apakah
perkaitan pengganas dan militan juga tahanan yang tidak pernah mendapat
pengadilan dengan krisis keewangan Amerika jika masih tidak dinasabkan kepada
kesan ketiadaan integriti dan sifat kebertanggung-jawaban kepimpinan yakni
krisis pecah amanah dan ketidakberdayaan individu yang mengetuai kuasa esekutif
pentadbiran.
Ada kalanya
semangat integriti kepimpinan tidak menepati keperluan dan memenuhi tuntutan
kehendak pembaharuan.
Jauh sekali dari
menempatkan fikh islam di dalam siasah moden.
Paling dikesali
penimbaan idea seringkali menjadikan kita yang tidak pernah mengutip atau
meraih apa-apa keuntungan, dipersaingkan secara tidak sihat.
Mempunyai dua
kerajaan di tanah air ternyata menjadikan rakyat di Malaysia memiliki
kewibawaan yang upaya menjadi sandaran kekuatan kerana mempunyai pilihan untuk
memahami alasan sesuatu gerakan atau pakatan serta perkongsian dengan marhaen
dilakukan.
Sesunguhnya mudah air
mata menitis hiba dengan paparan hampir kesemua lokasi kemiskinan warga yang
dinatijjahkan oleh dasar ekonomi yang mengutamakan kebajikan barisan pelaburan
adalah diri yang sangat berbangga kerana bernegara.
Kepimpinan wajar
menyedari rakyat sangat berbangga kerana mereka bernegara.
Bernegara telah
dirujuk sebagai sesuatu yang membuatkan rakyat berasa mereka dilindungi. Tentu
kita boleh menerjah bagaimanakah perasaan khalayak yang negara mereka dikancahi
oleh sengketa dan perebutan sehingga kehilangan nyawa dan harta malah hak untuk
berkasih sayang dengan kepimpinan dan negara mereka sendiri.
Bagaimanakah wajar
dijauhi gelora di sanubari tatkala sesekali terlihat kemewahan yang berlimpah
ruah terus dizahirkan dengan penerusan gaya kehidupan mewah memiliki
kelab-kelab utama dan pemain utama bertaraf dunia untuk sesuatu jenis permainan
tatkala setiap peluh itu tidak wajar dijuraikan sebelum upahnya dilunaskan di kalangan mereka yang bekerja.
Keterlaluan
membicarakan ekonomi juga seperti kurang relevan lantaran kenaikan harga
barangan dan perkhidmatan sepenuhnya disistemkan dari dasar dan polisi sistem
yang salah sehingga golongan miskin yang ketinggalan dari arus pembangunan
malah tidak berpendapatan lansung tidak tahu dan tidak sedar pada kenaikan
harga minyak serta caj perkhidmatan.
Malah kepelbagaian percukaian yang dikenakan telah menjadikan terabai sasaran yang sebenarnya yang perlu ditangani yakni bagaimanakah golongan yang berpendapatan sederhana dibantu penghayatannya agar menjadi pengguna yang berhemah dan lebih berimbang di dalam perbelanjaan kerana mereka adalah khalayak terbanyak yang disasarkan untuk menjadi pengaktif ekonomi.
Malah kepelbagaian percukaian yang dikenakan telah menjadikan terabai sasaran yang sebenarnya yang perlu ditangani yakni bagaimanakah golongan yang berpendapatan sederhana dibantu penghayatannya agar menjadi pengguna yang berhemah dan lebih berimbang di dalam perbelanjaan kerana mereka adalah khalayak terbanyak yang disasarkan untuk menjadi pengaktif ekonomi.
Golongan ini juga
semakin jelas dijadikan pemangkin agar berterusan mengujar dan mempertikai kaedah
pengagihan kekayaan negara yang menterjemahkan ketidakmampuan dan penyurutan
keberdayaan kepimpinan mengurus keewangan dan ekonomi negara.
Wajar juga kita
mempersoalkan apakah keperluan bagi pemimpin untuk terlibat dengan perniagaan dan bagaimanakah
pendapatan itu dianggap sebagai hak negara?
22/9/2008-1905
Tiada ulasan:
Catat Ulasan