Apakah hala tuju bagi Yahoo, Microsoft dan Google dalam memenuhi pengisian pemerintahan akhir zaman?
Ya saya bertanya apakah 'brain websites tools' pada sudut akidah apabila teknologi digunakan untuk menguruskan fitrah alam yang dimiliki oleh Al-Wahid Al-Ahad?
Adalah berdosa menggunakan gambar-gambar lucah sebagai laras untuk memajukan teknologi maklumat dan digital apabila ia menzahirkan realiti kecacatan sosial masyarakat Amerika, England dan Eropah serta Asia yang sedang dan ingin dipulihkan oleh dasar aqidah mukminin yang masih didakwa bersifat 'pengganas, mundur dan bersifat 'tegas' oleh kerana masih mementingkan peranan hukum-hukum fikh di dalam hidup peribadi dan masyarakat mereka.
Kecuali jika masyarakat muslim sendiri menerima hakikat bahawa sosial mereka juga adalah tempang, cacat dan berpenyakit apabila identiti bina diri muslim sedia menerima aktiviti lucah sebagai laras memahirkan pengendalian radas teknologi.
"Kemarahan ini sudah tidak dapat disembunyikan."
Anda mewakili gen Y dan mengabaikan gen X untuk menjadi juru bicara ummah? Dan anda katakan ini sebagai perkasa?
"Sudah tidak mampu lagi merahsiakan radang ini."
Artis bukan pengubah zaman!
Mereka perlu bekerja dan memerlukan lingkaran yang menyokong aktiviti mereka.
Lingkaran inilah yang telah meruntuhkan keinsanan masyarakat menerusi penurunan nilai untuk menjadikan keluarga sebagai sebuah institusi bermoral.
Lingkaran ini menawarkan wang.
Wang adalah institusi membina masyarakat di Amerika, Eropah dan England juga di Asia.
Wang membina imej bukan kemandirian apa lagi kendiri yang mempunyai asas kukuh untuk mengisi dan memenuhi pemerintahan akhir zaman yang dipercayai oleh tiga etnik utama masyarakat moden hari ini iaitu muslim, yahudi dan kristian.
Masyarakat yang berperadaban dengan ketamadunan moden hari ini merundumkan zaman mereka apabila kebebasan, persamaan hak asasi dan bina diri melalui cinta dan kasih sayang kekal dengan pembangunan sekular dalam memulihkan semula institusi kemasyarakatan menerusi politik dan ekonomi.
Politik dan ekonomi tidak berdaya membina budaya apabila kekal menolak akhirat sebagai masa hadapan ummat manusia.
Artis atau penyanyi bukan pengubah zaman!
Mereka bukan pengubah zaman jika tidak mampu mendekatkan kejauhan jarak ke syurga kepada ummat manusia.
"Emosi meledak di dalam diam sangat sakit terasa bila kelonglaian hati yang kian rebeh ini dipangku oleh sabar untuk berdenyut semula. Mereka tidak tahu qalbu ini ditongkatkan dengan sabar yang sering terbit saat minda sukar beroleh tenang. Mereka tidak tahu."
Media dan para penulis yang turut menjarakkan syurga dari dikenali oleh masyarakat bukan pengubah zaman!
Bahan tulis yang menjauhi syurga tidak wajar menjadi sifat yang menumbuhkan pendidikan ukhrawi pada ketika terlalu banyak kemudahan penulisan dan alat tulis diwujudkan.
Apakah fitnah tidak dilahirkan oleh kaedah pelbagai cara pencatatan dilakukan hasil dari idea skrin mudah ubah seperti sesalur digital sebagai ruang untuk masyarakat akhir zaman lebih bersedia berhadapan dengan pemuslihatan dan pembohongan yang menjadi sifat pendajjal?
Kisah Iblis yang memberitahu lima belas kumpulan manusia yang menjadi musuhnya wajar menjadi wacana yang mengkaedahkan semula sistem persekolahan masyarakat di dunia muslim agar tidak dicurigai oleh sistem persekolahan masyarakat bukan islam.
Musuh-musuh Iblis ialah :
1- Rasulullah sallallah hu alaihiwassalam. (Muhammad bin Abdullah)
2- Imam yang adil.
3- Jutawan dan billionaire yang rendah hati. (bukan semata-mata dermawan)
4- Ahli perniagaan yang jujur.
5- Orang-orang alim yang khusyuk solatnya.
6- Orang-orang yang beriman yang suka memberi nasihat.
7- Orang beriman yang pengasih (bukan menjadi kekasih!!!!!)
8- Orang-orang yang bertaubat dan kekal dengan taubatnya.
9- Orang-orang yang tidak mahu membuat kemungkaran (maksiat)
10-Orang beriman yang sentiasa berwudhuk.
11-Orang beriman yang banyak bersedekah.
12-Orang beriman yang berkelakuan baik.
13-Orang beriman yang memberi manafaat kepada orang lain.
14-Orang yang mengamalkan dan kekal terus membaca Al-Quran.
15-Orang yang menegakkan solat (beribadah) pada waktu orang lain nyenyak tidur.
Pelacuran bukan jenis pekerjaan yang diterima untuk menjadi sebahagian dari cara masyarakat muslim mendapat pendapatan.
Walaupun tidak melanggan pelacur tetapi dengan melihat atau menyimpan gambar sahaja jelas ianya menggambarkan kecacatan yang amat parah ke atas pembinaan peradaban ummat kerana syaksiah diri manusia intelek atau tidak berpendidikan tidak dapat dikritik oleh hal-hal bersifat peribadi yang tidak diketahui oleh orang lain tatkala Allah dan para malaikat Melihatnya.
Apakah media di dunia muslim khususnya di Asia Tenggara sedia menolak pelacuran sebagai budaya masyarakat akhir zaman dan menyatakan dengan jelas kepada media dan khalayak dunia bahawa perlaksanaan hukuman hudud bagi pelanggan dan pihak yang menawarkan perkhidmatannya adalah ke atas mereka yang beragama islam sahaja?
Bagaimanakah bentangan rang undang-undang dimajoritikan sekiranya kita hanya berhujjah di simposium dan seminar sahaja natijah dari memecahkan undi dipelajari?
Kitakah sahabat Iblis bila sifat sahabatnya ialah :
1- Hakim yang tidak adil.
2- Orang kaya yang sombong.
3- Ahli perniagaan yang tidak jujur.
4- Peminum arak.
5- Penghasut kepada orang lain.
6- Beramal kerana inginkan nama.
7- Pemakan harta anak-anak yatim.
8- Mempermudahkan solat.
9- Tidak membayar zakat.
10-Mengalamun dan bermimpi dengan imaginasi.