Ahad, 15 Jun 2014

Memangku Kedukaan

11.Rejab.1435

10.Mei.2014

Perkara hodoh yang terpaksa dilakukan oleh media hiburan dengan sokongan media ialah terpaksa memperalatkan kesemua jaringan internet bagi mewaraskan semula siaran televisyen yang tidak lagi mendapat tempat utama kepada masyarakat masa kini.


Kehidupan beragama dunia muslim gagal dipersendakan oleh rangkaian media khususnya di tanah-tanah yang mendakwa mereka adalah tempat limpahan cahaya kesedaran, walau pun mereka telah melemahkan  kebijaksanaan akal lelaki-lelaki kami dengan jayanya yang masih kekal mengingini isteri dan anak-anak perempuan mereka menghayati amal-amal kebaikan anjuran dari agama tetapi melupakan dan mengabaikan diri mereka sendiri untuk menjadi teladan yang upaya dipercayai.


Kehilangan kewarasan dan kecerdikan akal lelaki muslim antara jenayah yang menghukum pengkhianatan agenda kebebasan dan persamaan hak asasi Bangsa-Bangsa Bersatu khususnya dari pihak Vatican City dan Gereja Canterbury dalam menyusun semula masyarakat moden yang turut menzahirkan kelemahan para pemimpin ulamak di dunia islam yang tidak menyeluruh terlibat atau dilibatkan di dalam usaha-usaha perlaksanaan pencapaian membina dan mengisi tajdid sebagai pembaharu zaman apabila mengketengahkan  tema kasih sayang serta cinta yang semakin pudar nilai inteleknya apabila masih  hubungan jasmani dan emosi diutamakan dengan dipenuhi sifat fizikal semata-mata tanpa komitmen pada hukuman Allah.


Apakah tema cinta dan kasih sayang masih wajar bercirikan kesejagatan universal yang anjurannya kekal dipaksakan ke seluruh lokasi dan negara yang tidak kesemuanya bersesuaian untuk dipraktikkan?


Menyudutkan sikap yang ditunjukkan di lokasi negara teluk wajar diterima bahawa kehidupan beragama arab muslim masih gagal dipersendakan oleh masyarakat jahiliah arab kerana keliteralan pemikiran mereka masih terhad untuk mendakwa masyarakat yang beriman tidak bertoleransi.

Apakah dasar yang telah mengizinkan kemasukan secara beramai-ramai warga asing ke tanah arab yang terdiri dari bangsa yahudi dan nasrani bagi mendapatkan pekerjaan bukan kesederhanaan sikap muslimin yang beragama?

Apakah ini bukan ketoleransian yang telah mereka capai pada dekad-dekad peradaban tamadun tinggi kemanusiaan?

Saya melihat bagaimana sukarnya khalayak seniman di dunia arab menyediakan laluan dan ruang bagi menyakinkan bahawa mereka bertoleransi sehingga perlu mengurangkan kain pada pakaian wanita-wanita mereka tanpa menyedari bahawa masih isu-isu politik dibina menjadi lingkaran untuk melemahkan keberdayaan mereka berinteraksi secara normal tanpa perlu diperkaitkan dengan isu setempat kerana rantau aman dan selamat bagi negara-negara teluk yang telah merdeka tetapi seolah-olah masih perlu dipajakkan semula kepada keperluan pekerja-pekerka professional yang ditawarkan gaji yang tinggi bagi kerja-kerja membangun sebuah negara bermajoritikan penganut islam yang akan membina  semula kerangka sosial, budaya, ekonomi, politik, komunikasi, komoditi trans-national pada sistem moral keselamatan teknologi sains, persekitaran alam dan ummah, namun mereka tidak diterima dengan cara yang wajar bagi memimpin dunia.

Khalayak seniman bukan lagi pengubah zaman walau pun mereka berusaha mengisi perubahan zaman!

Mungkin sesuatu yang agak baru yang berjaya dibawakan oleh penonton masa kini ialah menolak budaya dan imej berbogel masyarakat Amerika dan barat apabila mereka menyedari perbuatan itu menzahirkan rupa bangsa bagi negara tersebut dalam membina imej dan identiti berbudaya.

Malangnya kebebasan, hak, persamaan, cinta dan kasih sayang dengan sifat usang ini masih dianggap baru oleh kebanyakan generasi baru di dunia muslim.


Ini mengingatkan saya pada hakikat bahawa kekalahan filem yang dilakonkan oleh pelakon lelaki yang mendapat ranking tertinggi bagi pencalonan aktor terbaik adalah kerana budaya yang dibawakan oleh dunia hiburan Amerika dan barat bukan lagi kehendak yang menjadi permintaan masyarakat ketika ini.

Lebih malang apabila didakwa wujud perkongsian modal untuk adegan tidak berpakaian wanita di dlam filem tersebut yang didanakan oleh lelaki muda bangsa saya yang beragama islam.

Malang ini adalah sesuatu yang wajar dihayati oleh generasi muda muslim saya.


Tiada ulasan: