Menggilai glamourkah mereka?
Ya seperti yang berlaku pada nama penaku mustar haniff yang telah difitnahkan untuk digalas oleh anakku yang satu-satunya perempuan.
Dikau hanya mendiamkan diri sahaja.
Lantaran daku bukan dari jenis wanita yang mahu membising dan membebel tanpa usul periksa!
Matlamat tidak menghalalkan cara.
Susunan fikh dakwah dan disiplinnya di dalam amal jama'ah bukan menjadi bahan untuk berspekulasi.
Maksud mu?
Orang-orang yang fasiq itu berhasad. Usah membazir masa untuk perbezaan yang diwujudkan oleh fitrah untuk bertelagah kerana setiap kelemahan itu milik manusia walau pun siapa dirinya.
Muslim berbeza dengan mukmin?
Sangat berlainan. Tafakkuh dalam memahami iman upaya menjelaskan khittah.
Menggunakan kalimah arab?
Ya supaya harakah islam atau parti islam tidak dimusuhi. Hijrah waktu Rasulullah sallallah hu alaihiwassalam bukan seperti pelarian pada zaman ini. Tiga hari bersembunyi di dalam gua adalah khittah kerana setiap perlawanan perlu adil dan seimbang. Matematik menterjemahkan dengan mudah dua puluh orang yang sabar upaya menewaskan dua ratus orang yang tidak beriman.
Berahsia juga mendedahkan kemerbahayaan kerana prasangka dan curiga saling bergandingan.
Sebutir bahan ledakan hanya meruntuhkan sebahagian dari bangunan dan memerlukan lebih ledakan untuk memusnahkan keseluruhan kawasan bangunan. Api yang kecil menjadi kawan apabila marak ia menjadi lawan.
Komunikasi dan media menjadi pemfitnah?
Syaithon amat berduka lara tatkala melihat perpaduan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan