Saya dilahirkan di Selangor salah sebuah negeri di Malaysia.
Ke empat-empat anak saya dilahirkan di Selangor.
Kami adalah anak jati bagi bandar Klang.
Keturunan saya adalah melayu tanpa kacukan darah berbilang bangsa.
Darah yang saya perolehi dari ke dua ibu dan bapa saya yakni arwah Mohd.Ali bin Ahmad (PC14556) dan Nafsiah binti Salleh masih belum bercampur dengan darah lain-lain bangsa.
Agama saya adalah islam.
Saya seorang isteri dan merupakan ibu kepada empat orang anak remaja yang telah belia.
Saya menulis sejarah diri saya sendiri.
Saya tidak menulis sejarah diri individu lain.
Bahasa pertuturan saya adalah bahasa melayu tanpa pengaruh apa-apa dialek bahasa pertuturan suku lain.
Saya tidak berhutang dengan sesiapa dan masih belum terhutang dengan sesiapa sejak saya menjadi penulis blog.
Ini adalah alamat yang tertera bagi catatan yang sedang saya lakukan :
https://www.blogger.com/blogger.g?blogID=823602696273876844#editor/target=post;postID=2629540066723564505
Di mana saya pada realitinya dilokasikan oleh alam digital?
Apakah perlu diwujudkan 1000 'Indentity Document' seperti yang saya miliki hanya berdasarkan kepada huruf-huruf sahaja?
Bagaimanakah merenungi Al-Quran?
Samakah dengan seruan Rasulullah sallallah hu alaihiwassalam?
Nabi Kekasih Allah sallallah hu alaihiwassalam menyerukan :
Tidak disyirikkan Allah.
Tidak mencuri.
Tidak berzina.
Tidak membunuh anak-anak.
Tidak berdusta.
Tidak menentang perkara kebajikan.
Demi Qalam dan apa yang dituliskan.
Mahu menulis dengan cerita apa ya sekiranya kita pembaca Al-Quran?
Bolehkah dijadikan Nabi Muhammad sallallah hualaihiwassalam sebagai watak di dalam anime?
Tatkala sifat rasul perlu dilukiskan sifat siddiqnya, sifat amanahnya, sifat tabligh dan sifat fatanahnya untuk diikuti oleh penontonnya?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan