Rabu, 14 Mei 2014

Kita Memerlukan Peperangan Kerana Merebut Kekayaan?

Melahirkan insan yang upaya menjadi teladan tidak wajar dicabar apabila ia mahu dicetuskan oleh dunia islam di kalangan masyarakat yang beriman.

Negara-negara hijau apakah dinilaikan sebagai bersih?

Bolehkah diketahui piawaian kebersihan diukur dari sudut yang mana bila manusia iaitu ummah terbahagi kepada kelompak beragama dan tidak beragama?

Ini adalah kerana negara hijau jika benar-benar bersih ianya tidak wajar mendapatkan pendapatan dari sumber riba dan rasuah juga kadar kaedah yang tinggi hasil dari perjudian atau pengurupan wang yang boleh dipertikaikan dari transaksi yang diuruskan oleh internet.

Sebuah negara hijau jika bersih setiap aktiviti dari skim pelaburannya mesti tertakluk kepada undang-undang dan tidak wajar diberikan kebebasan tanpa had di dalam urusan perniagaan wang bagi setiap lokasi yang menjelaskan wujud realiti dua jenis negara iaitu negara bagi penduduk yang beragama dan negara bagi penduduk yang tidak beragama.

Adalah wajar dipersetujui bahawa konsep 'go green' tidak terhad pada isu alam sekitar dan perubahan cuaca semata-mata kerana pengendalian kewangan dan urusan ekonomi kekal ditradisikan oleh Amerika dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.


Bolehkah kita bertanya jenis negara hijau yang manakah yang dipersetujui untuk diterima oleh demokrasi apabila akhir zaman itu mendapat pimpinan wahyu dari langit?

Bolehkah kita menjawab perlukah diwujudkan peperangan hanya untuk perebutan kekayaan apabila setiap Ketua Negara bersetuju membina lingkaran sesaluran gas dan  petrol tatkala edaran senjata nuklear masih tersembunyi lingkaran dan pengkalannya yang upaya mengancam keselamatan rakyat mereka?


Jawablah apakah kita memerlukan peperangan hanya semata-mata untuk merebut taburan kekayaan yang telah diberikan dengan adil oleh Allah ke atas bumi yang dimilikiNya tetapi diagih dan diuruskan secara tidak saksama, adil dan amanah?





 

Tiada ulasan: