Sabtu, 29 Mac 2014

Sabarlah Dan Kuatkanlah Kesabaran Mu

Wahai Allah,

Pimpinlah diri ini sebagaimana diri orang-orang yang telah Engkau beri pimpinan.

Permudahkanlah bagiku seperti mana orang-orang yang telah Engkau beri kemudahan.

Jadilah Temanku sepertimana yang telah Engkau menjadikan DiriMu sebagai Teman mereka yang Dikau kasihi.

Rahmatilah diri ini ke atas apa sahaja kurnia yang telah Engkau berikan padaku.

Jadikanlah aku dan 'mereka' orang yang sabar.

Jadikanlah aku wahai Allah hambaMu yang tetap bersyukur di atas apa sahaja yang Engkau tetapkan ke atas diri ini.

Kerana keputusanMu adalah muktamad.

Kerana tidak akan ada sesiapa yang mampu merubahkan KehendakMu.

Sekiranya Engkau menjadi Pelindung ke atas seseorang itu dia tidak dapat dihinakan.

Sesungguhnya Ya Allah Engkaulah Yang Maha Mendengar Lagi Maha Melihat.
.
Penuhilah hati ini dengan kesabaran Ya Allah.

Ameen.



Tiada ulasan: