Ahad, 15 Jun 2014

Allah Tuan Pengurus Alam dan Dunia Ini

Semakin pelik dengan isu yang masih diutarakan terhadap kesediaan masyarakat moden untuk mempelajari cara hidup islam.

Keinginan walau seikhlas mana pun jika cara hidup muslim yang berakidah masih perlu diselaras atau disesuaikan dengan cara hidup masyarakat moden, ianya menjadi sia-sia dan tidak memanafaatkan pihak yang ingin mengambil pelajaran dari cara hidup islam.

Kebelakangan ini media seperti menyediakan ruang yang luas bagi memasarkan cara hidup dan budaya islam dengan mengabaikan akidah sebagai kaedah yang menguruskan cara hidup islam.

Saya tidak mengambil endah tentang sikap mana-mana parti atas hudud kerana :

1-     Kelemahan utama mereka yang bukan islam di barat adalah melupakan tentang banyak perkara mengenai kelemahan sistem urus di negara mereka sendiri apabila sentiasa memandang remeh hal ehwal di negara-negara yang majoriti penduduknya beragama islam yang memilih menyokong perlaksanaan hudud di Brunei misalnya.

2-     Sejarah mempunyai proses tarbiah bila sifat tidak melupakan sejarah adalah untuk membaik pulih kelemahan yang dilakukan oleh generasi terdahulu yakni ‘mengungkit’ bagi menambah pulih pencerahan yang dihitamkan oleh ‘jenayah’ moral dan kemanusiaan.

3-     Sesuatu yang amat bahaya implikasinya jika media masih memperbesarkan hal ehwal pengurusan di negara muslim dengan mengaitkan kelemahan moral individu dengan hak mutlak untuk melaksanakan hudud seorang pemerintah yang mendanakan sendiri perbelanjaan pengurusan keewangan negaranya. Untuk itu bolehkah kita mengusulkan supaya tragedi pembunuhan etnik muslim di Pulau Ambon disiasat semula  tatkala waktu itu kebanyakan pengamal media generasi baru masa kini masih terdiri dari kanak-kanak yang masih belum tamat persekolahannya.


4-     Rasionalkan media anda jika masih mahu mengungkit dan mempersoalkan hal ehwal negara muslim khususnya buat pemberita yang masih muda untuk semata-mata mempunyai isu dan laporan oleh kapasiti mereka makan gaji terutamanya di negara teluk! 

      Ingin sekali saya memberi amaran kepada pihak yang terbabit supaya berfikir dengan amanah bukan dengan rasa ghairah kerana masyarakat muslim telah mempunyai keberdayaan untuk memasarkan modeul perlaksanaan syariah sebagai cara hidup.


J    Konsep 'selfie' yang cuba dijadikan budaya adalah penterjemahan nafsu semata-mata yang memenuhi persekitaran masyarakat moden. Krisis wujud di dalam konsep ini kerana kemajuan dari tuntutan ekonomi telah menyempurnakan keperluan asasi manusia namun kekal mengabaikan pembangunan akhlak yang menjadikan pembangunan ukhrawi tidak mendapat perhatian untuk membangunkan ummah.

      
      Sikap tamak dan mementingkan diri menjelaskan konsep selfie tidak dibina oleh penghayatan agama.


Tiada ulasan: