Blog ini adalah milik seorang wanita melayu berusia lima puluh satu tahun yang beragama islam.
Mohd Ali adalah nama bapa saya yang telah meninggal dunia hampir empat puluh tahun yang lalu.
Aruah abah saya meninggal dunia pada 8 Disember 1970.
Binti Mohd Ali adalah merujuk kepada diri saya sebagai anak kepada Mohd Ali bin Ahmad.
Walaupun telah bersuami seorang anak perempuan di dalam islam tidak kehilangan nasab keturunannya.
![]() |
Contoh bagaimana blog ini terbukti dikawal sehingga tidak dapat diperbetulkan kedudukannya. |
Sesungguhnya anak- anak perempuan itu tidak wajar disangkal atau dinafikan kesahihannya sebagai anak yang dilahirkan dari perkahwinan yang sah di sisi undang-undang menerusi penggunaan binti.
Perbezaan perlu ditandakan bagi membezakan anak-anak yang dilahirkan secara sah mengikut undang-undang di kalangan keluarga muslim.
Ibu kepada Nabi Isa alihisalam menggunakan binti bagi merujuk dirinya adalah anak kepada Imran yang bernasab keturunankan kepada Nabi Daud alaihisalam dan beribukan Hannah
Kebersihan keturunan sangat diutamakan oleh Al-Quran melalui surah Maryam yang menzahirkan bahawa ummat Islam memahami tujuan kisah Maryam diceritakan bagi mengsahihkan perzinaan bukan cara hidup bagi mereka yang beragama.
Keluarga yang sihat adalah dilahirkan oleh perkahwinan yang sah tanpa perzinaan.
Masalah sosial dan kemasyarakatan pada hari ini telah disusun oleh syariat islam cara penyelesaiannya meskipun Islam tidak menjadi sumber punca permasalahan ummah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan