Selasa, 23 Julai 2013

Ramadhan Mentarbiah Minda Dan Emosi

Sesuatu yang menarik minda saya tatkala tersua sisipan dari Yang Berhormat Bukit Lanjan salah seorang exco Kerajaan Negeri Selangor terhadap laporan yang tidak membina untuk dipersetujui bahawa wartawan atau pemberita tidak kesemuanya mampu menjadi ejen yang mengubah masyarakatnya.

Tanpa terlebih dahulu meminta kebenaran dari pemilik blog http://blog.nazirahashari.com/?p=43
saya, saudari Nazirah binti Ashari saya meletakkan blognya di blog ini bagi difahami keindahan Ramadhan yang tidak menjadi medan untuk aktiviti memperolehi kecantikan atau kelansingan badan melainkan ia adalah medan yang menghubungkan kasih sayang Allah dengan para hambaNya yang muslim.

Keimanan pada sudut akidah tidak memerlukan simbolik atau statue kerana iman itu tidak ditinggalkan untuk hanya digunakan pada waktu-waktu tertentu atau diasingkan bagi digunakan sewaktu kita memerlukannya.

Keimanan juga tidak memerlukan intelek 'design' apabila kehidupan sebagai insan beriman sepenuhnya disedari menuju ke realiti sebenar iaitu menuju akhirat.

Cara-cara untuk hidup di akhirat memerlukan pentauhidan dari makna kesedaran menerima syahadah.

Akhirnya saya gembira apabila Nazirah binti Ashari berasa riang.

Alhamdulillah ya Ramadhan.

Tiada ulasan: