4/11/11
![]() | ![]() ![]() | |||
Assalamulaikum thanaif (merujuk kepada diri sendiri),
Saya berasa keji dan terhina apabila ada pihak yang meletakkan saya di tengah komuniti bukan muslim dalam memenuhi tuntutan berhibur yang diaktifkan oleh rangkaian media.
Saya berasa terhina dan menganggap keji apabila disorotkan secara naif kefungsian para pemuda dan pemudi yang tidak berdaya dijadikan teladan setelah mengambil sisi-sisi ikon yang tidak mengenal syurga.
Benar thanaif, peradaban dan kemajuan kemodenan diperlukan namun siapakah yang upaya menterjemahkan 'kanzul arash' di kalangan gender mu untuk memberdayakan ummah?
Akhlak dan cara bermoral pemuda pemudi muslim tidak lagi dipiawaikan oleh ciri-ciri ahli syurga?
Benarkah begitu thanaif setelah diinteraksikan bahasa arab di gelanggang-gelanggang pelbagai pertarungan sehingga kedengaran penuturkan Allah, Allah, Allah pada siaran lansung bola sepak, membuatkan ku bertanya adakah zikrullah membesarkan Allah itu ditujukan untuk para pemain yang bukan muslim.
Adakah benar penurunan nilai akhlak pemuda pemudi kini sepenuhnya dibenarkan ditangani oleh kehendak dan keperluan warga asing yang memenuhi permintaan untuk membangunkan negara-negara muslim khususnya di teluk oleh khalayak bukan muslim?
Akan apakah dikau namakannya thanaif?
Toleransi antara agama walau pun hanya Islam yang berfikrah kerana ketauhidan Uluhiyah dan RubbubiahNya?
Saya tahu thanaif, dikau akan mengatakan ia bukan urusan saya setelah saya menafikan kewujudan mu namun keperihatinan ibadah yang menyatukan ummah masih berada di tingkat yang rendah di kalangan kita sehingga seluruh interaksi siber dan media menerusi satelit tidak secara adil melihat Mekah dan Madinah sebagai bandar mukmin setelah kebanyakan bandar-bandarnya dijadikan bandar di bawah kawalan radar?
Apakah sebabnya thanaif?
Terimakah dikau tatkala ku persetujui apakah pemimpin dan orang kaya disamaratakan sewaktu berada di hadapan Allah di rumahNya?
Apakah wajarnya melihat keselesaan yang disediakan untuk mereka berbanding jemaah awam dari kalangan warga emas baik yang lelaki dan perempuan mahu pun tetamu Allah yang diuzurkan oleh penyakit dan kecacatan yang dilokasikan jauh dari pintu-pintu Masjidil Haram dan Masjid Nabi?
thanaif - saya sudah mulai menghayati perasaan mu yang sering lantang untuk menyaringkan suara tatkala saya mula memahami bagaimana tetamu-tetamu Allah berdikit-dikit menabung wang mereka bagi membeli tiket-tiket perjalanan yang diselaraskan sama harganya mengikut pakej yang ditentukan oleh kerajaan mahu pun oleh syarikat yang berniaga.
Pernahkah kita tertanya thanaif, siapakah yang menanggung hutang bagi muslim yang gagal menyempurnakan rukun islamnya setelah menerima kemusliman samada sejak lahir mahu pun setelah menganut islam apabila mereka terhalang untuk memasuki kota Mekah dan kota Madinah oleh ketinggian kos untuk menunaikan ibadah ini?
Adakah mereka dianjurkan agar menabung dari wang segera dan pendapatan mudah thanaif tatkala ummat Muhammad sallallah hu alaihiwassalam tidak dibenarkan untuk berjudi dan tidak boleh mengambil riba serta rasuah?
Bukankah ini ciri kemiskinan ummah mu juga thanaif?
Bagaimanakah amanah dari tuntutan rukun ini mahu ditangani jika ia dibawa berniaga thanaif?
Bagaimanakah diuruskan, 'dan serukanlah kepada manusia untuk mengerjakan ibadat haji nescaya mereka akan bertamu ke rumah Allah dengan berjalan kaki, menungang berjenis unta yang kurus yang tibanya dari ceruk rantau yang jauh.'?
Tidakkah melengkapkan sistem pengangkutan untuk dimudahkan perjalanan ke Mekah dan Madinah menjadi antara keperluan untuk diberikan perhatian oleh nasab-nasab keturunan para pewaris nabi dan salafus soleh juga para 'khadam Mekah Mukaramah dan Madinah Munawwarah' thanaif?
Nah bukankah unta itu disama takrifkan sebagai kenderaan, thanaif?
Bukankah ceruk rantau yang jauh itu memaksudkan daratan, lautan dan udara, thanaif?
Al-Quran itu bersifat kritis pemikiran tidak wajar difahami dengan tafsiran lughahnya sahaja.
Jika Jabal Uhud itu turut menghuni syurga apakah memudahkan untuk rukun islam dilaksanakan oleh setiap muslim tidak membuahkan keberkatan, thanaif?
Saya tidak menyenangi takrifan dunia yang menuntut keamanan dan keselamatan semata-mata tatkala keberkatannya hilang.
Kerugian ummat adalah kerana kemunduran para muslimin thanaif, tatkala titik pengislahan masih berorientasikan kepada keperluan negara tertentu hingga peningkatan kekayaan tidak dimanafaatkan oleh kehilangan nilai barakah.
Menafikan penglibatan muslimin menjadikan penyuburan kekayaan tidak berlaku thanaif!
Sumber pendapatan muslimin perlu disedari berlingkar dari sumber yang halal kerana pengeluaran zakat ini tidak mengambil wang tanpa hak dan pengedaran agihannya adalah dengan hak.
Saya juga berasa terhina dan keji apabila saat-saat seperti ini masih sanggup dan wujud masyarakat di kalangan kita membandingkan dengan urusan yang tidak didestinasikan ke Mekah dan Madinah, thanaif.
Apakah kita sudah tidak rasional untuk membezakan makna tetamu yang diundang walau bagaimana usaha dan niat telah diletakkan di dalam hati apabila masih tidak diundang dan berada di dalam takdir Allah kita tidak upaya berada di Mekah dan Madinah?
Benar thanaif saya berasa terlalu hina kerana diletakkan di tengah komuniti bukan muslim yang disandarkan harapan-harapan palsu kerana tuntutan persaingan oleh proses pendajjalan mereka yang dijangkit wabak kuman hiburan.
Adakah wajar ibadah kita turut dijadikan persaingan di medan hiburan thanaif?
Kini saya semakin disakiti oleh para pemuda dan pemudi yang mencontengkan arang di mana-mana sahaja kesan dari sanjungan untuk dijuarakan pemimpin-peminpin yang sudut pengenalan sifat syurga amat jauh dari menjadi sifat membina diri mereka.
Saya faham kemarahan mu terhadap janin-janin yang masih belum dilahirkan, bayi-bayi yang masih merah dan anak-anak kecil yang telah didendangkan dengan agenda sistem sekular tanpa para ibu bapa datuk nenek malah moyang diusulkan mengenai wasiat al quran yang MENEGAH MENOLAK MELARANG DIBUNUH ANAK-ANAK KERANA TAKUT BERHADAPAN DENGAN KESUSAHAN DAN KEMISKINAN KERANA MEMILIKI RAMAI BILANGAN ANAK.
Saya tersenyum thanaif apabila di negara tertentu pempromosikan hak pembuangan janin dianjurkan dalam keseiringan mereka menawarkan pasport hijau bagi meningkatkan bilangan penduduk dalam pada ketika sperma-sperma lelaki disimpan di bank-bank untuk diperolehi para penyewanya tatkala para ulamak fikh kita menggariskan keharusan janin digugurkan gagal menjadi asas untuk dihayati fikh sebagai sistem oleh mereka setelah ianya ditenggelami oleh isu-isu lama yang diwarnai dengan kaedah baru.
Apakah saudara muslim mu juga turut terhasrat untuk menyimpan sperma mereka untuk sewaan thanaif, tatkala nasab dan keturunan dipelihara oleh islam melalui pernikahan?
Pelacuran bukankah jalan ke arah meramaikan bilangan anak-anak yang tidak diuruskan dengan baik?
Ingin saya mendapatkan teori terhadap pemahaman para sarjana mengenai isteri bagi seorang lelaki itu ialah dari tulang rusuknya sendiri lalu apakah perlunya wujud kamar sewaan bagi sperma-sperma itu jika hanya bersandarkan untuk mengelakkan perzinaan?
Pada fikiran saya thanaif, kerana kekurangan bilangan rakyatlah sesebuah negara mudah dijajah semula kerana kelansungan untuk beraktiviti tersempadan dan kebanjiran komuniti tertentu sepenuhnya ditentukan oleh kehendak dan keperluan dipenuhi mereka oleh pekerja asing.
Tahukah kegusaran saya thanaif apabila dibuka ruang keselamatan dan perhubungan komunikasi untuk dikendalikan oleh rakyat asing hanya kerana ketidakupayaan warga sendiri menguruskannya?
Setakat ini dahulu kerana kegilaan variasi hiburan yang dibentuk oleh masyaralat muslim telah menjadikan saya tersenyum melihat kesungguhan mereka untuk menjadi moden sesuai dengan pemikiran mereka yang dipilih yang tidak dapat mengenal syurga.
Kita bersimpati dengan mereka dan berasa kedhaifan mereka itu wajar menjadikan kita semakin sabar dengan karenah berlipur lara yang gagal mendominasi kita walau pun berasa malang kerana kaum bapa kini menghadapi ketenatan keberdayaan untuk mencorak rumah tangga muslim dengan teladan yang setaraf dengan syarak.
Umumnya kebanyakan mereka menjadikan televisyen sebagai guru tatkala semakin banyak pilihan lain yang upaya disesuaikan mengikut keperluan kita.
Bagaimanakah nanti apabila anak-anak perempuan kita dibahagiakan oleh lelaki-lelaki seperti ini?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan