To : moderator@islamonine.net
Assalamualaikum Puan Moderator,
Ramadhan menyubur sikap agar muslim sentiasa menyenangi kesederhanaan.
Menahan pancaindera agar fokusnya tidak meruntun nafsu kerana penglihatan adalah membawa ke hati.
Pendengaran juga tumpuan adalah menyegarkan minda pada zikir bualan saling berpesan dengan kebenaran juga mengingati jika dalam kealpaan.
Bicara berpilih ungkap agar tiada makna yang silap.
Tidak dapat kita terjah bagaimanakah proses liku dan pengakhiran hidup di kala hayat meninggalkan jasad.
Saat bahagia sedetik selang ketika menemui sengsara bertanak airmata.
Saat derita seketika selang detik bersua riang ria berhilai tawa gembira.
Pertemuan Ramadhan tidak dipasti akan ditemu lagi andai Ramadhan yang sedang dilalui terbiar lesu tanpa pelbagai amal untuk digagahkan jiwa.
Ramadhan sinar yang redup cerah segar benamkan kealpaan kecuaian diri mengukuh mesra iman dihayati sepenuh jiwa.
Qalbu akan gelap tanpa cahaya jika sepanjang Ramadhan diundang cela bersula hujjah dan keji umpat juga iri... lalu sukar untuk saling memahami apa lagi buat memaafi.
Ramadhan unjuran berhati dermawan, berarif budiman, bersusila penuh ketertiban, estetika lakaran gabungan keteguhan amalan berpaksi kejujuran kerana niat yang dicrmati oleh Allah bagi diberkati bulan yang menyimbah pengampunan.
Ada kala lelah oleh kalah lantas khianah mundurkan lidah dari bicara nasihat yang munasabah.
Tunjang akal pada rasional engkar emosi untuk bersanggah agar lunak patah ditutur bernatijjah minda jelas terang menawan pendengaran.
Ia menerbitkan sikap bertolak ansur tanpa mahu mengutamakan kepentingan
tidak juga kemenangan kerana kesederhanaan impiannya untuk berkasih sayang.
Tidak pula memudar usaha dari bersungguh dalam kerja hingga binasa erti kaya dan beroleh kuasa... kerana ke dua ini adalah alat untuk diusahakan kebaikan bukan kemusnahan.
Proses pendidikan dalam Ramadhan menginsafkan menghala pandangan penuh kesedaran terhadap mereka yang sukar dan sentiasa serba di dalam kekurangan.
Pembinaan ketrampilan juga peribadi memerlukan persediaan.
Ramadhan adalah peluang dan kesempatan merubah diri agar muslim saling menguatkan hubungan dan menawarkan persaudaraan tanpa mengenal darjat rupa warna anutan dengan sentiasa merasakan di dalam jiwa Allah ada bersama kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan