Jumaat, 4 Oktober 2013

Tertanya hak pengguna mengapakah tidak dilindungi oleh perundangan media yang kini menginteraktifkan medium penyiaran dengan penerbitan eletronik pada dekad keluasan penggunaan digital ini?

Ia mengenang kembali saat-saat saya bersendirian mengirimkan email-email kepada jalur interaksi di Yahoo dan  Hotmail yang digunakan tanpa pengetahuan oleh anak bongsu saya Ahmad Hilman pada ketika usianya sekitar 10 tahun pada 3/2/2010.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------   
Kepada mailbot@yahoo.com

Salam Hormat.

Tuan/Puan Moderator,

hilman5656@yahoo.com
Dengan hormatnya perkara di atas menjadi rujukan.

Saya adalah ibu yang sah kepada Ahmad Hilman yang ketika ini berada di bawah usia ingin mendapatkan penjelasan bagaimanakah interaksi siber mengaplikasikan pemeliharaan hak dan amanah sebagai disiplin terhadap pelayar yang tidak memahami bidang perundangan internet?



Dewasa ini penjualan idea dari minda keterlaluan dimanipulasikan oleh perkhidmatan-perkhidmatan  yang menggunakan teknologi berinovasi yang bidang permaklumatan informasi telah digunakan sebagai medan berinteraksi tetapi apabila tidak direalitikan kewujudan undang-undang tentang HakCipta bagi memelihara hak intelek digital siapakah yang menjadi mangsa kepada penyalah-gunaan transimasi yang menjadi alat ubah bantu menakluki pemikiran pada dekad-dekad ini?


Keberdayaan sistem perisian koputer tidak wajar menjadikan kemodenan politik ekonomi sosial budaya alam dan seluruh bidang kehidupan manusia dilumpuhkan oleh kawalan pemantauan yang keterlaluan dipersaingkan.

Apakah yang dilansungkan dari kecapaian integrasi ini apabila paksaan masih wujud di dalam membuat sesuatu keputusan misal negara dan rakyat muslim seperti tidak dihormati entiti mereka yang memodeulkan iman dalam melakukan nilai-nilai baik dalam mempasaranakan pembangunan fizikal dengan kaedah rohani yang bertiti sumber dari akidah?

Mengapakah golongan yang beriman kepada agamanya dimusuhi?

Kita melihat bagaimana stuasi di Iraq, Palestien, Khasmir, Balkan, Afrika juga Asia yang tidak berjaya dihadami oleh kanak-kanak yang melayari siber  apabila wujud perbezaan budaya, adat resam, agama dan cara hidup.
Misalnya budaya alkohol, dadah, seks bebas yang dimulai dengan ciuman sebagai salam perkenalan masih dianggap asing kepada sesetengah kanak-kanak. 


Adakah tanggungjawab sosial kita hanya sekitar menginstitusikan isu gossip artis yang dibina pulih menjadi duta-duta keamanan di PBB ?


Berbalik kepada isu di atas kanak-kanak tidak wajar menjadi antara juruiring memedankan manusia sebagai separa robotik dan bagaimanakah tanggungjawab seorang Menteri dari mana-mana negara sepenuhnya diberikan kuasa untuk menjadi satu-satunya pihak yang membuat keputusan terhadap kawalan hak penerbitan tatkala berhadapan dengan apa yang bukan menjadi kepentingannya untuk membuat tindakan?



Dengan ini saya meminta agar pelayar hilman5656 tidak dibenarkan memasuki laman-laman yang tidak dianggap layak untuk usia setara dengannya.



Terima kasih. 

Tiada ulasan: