Sangat sukar berhadapan dengan website-website internet seperti Yaho, Microsoft dan kini Google apabila pengguna awam yang tidak berstatus apa-apa didiskriminasi dan ditindas oleh keindividualan sikap dan kemendirian pengguna internet.
Website-website dan syarikat gergasi ini menghilangkan atau memindahkan catatan peribadi atau eamil peribadi atau komunikasi peribadi saya hanya kerana nama-nama pena dan nama sebenar saya mempunyai persamaan dengan nama orang india.
Malah persendaan sering dilakukan untuk dirujukan india sebagai keturunan saya yang dilahirkan dari ibu bapa yang sah berbangsa melayu dan beragama islam.
Keadaan amat buruk dirasakan setelah saya berpindah ke Abu Hamour dari Matar Qadeem di Doha ini. Sementelahan keturunan india baik dari negara saya Malaysia mahupun dari negara India sendiri sudah mendominasi masyarakat pekerja di Qatar ini.
Kesombongan masyarakat muda di sini menambah parah keadaan saya sebagai seorang wanita muslim yang telah berusia seperti saya yang mahu berjaya menjadi penulis dengan mengasah bakat di talian internet, apabila ianya diperlekehkan dan dijadikan sasaran untuk bermain-main di talian jalur gentian fiber optik.
Setelah membaca seorang tokoh yang dikenali seperti Cik Puan Zaha Hadid yang bergelut dengan 'rompakan idea' sudah semakin wajar ketegasan dinyatakan secara berterus terang, internet dan jaringan komuniti 'smartphone' upaya memiskinkan sesiapa sahaja dengan niat atau tanpa niat dan mereka tidak mempunyai kekesalan untuk menghormati hak harta intelek yang tidak dikongsikan pada
Sementelahan masyarakat siber dari generasi muda hari ini tidak pernah mengambil tahu tentang kejahilan mereka sendiri dalam menggunakan berbagai jaringan komunikasi sebagai bisnes internet tatkala mereka tidak mempunyai produk untuk diikuti pemuatan berita peribadi yang cuba disensasikan di kalangan mereka.
Malah gambar-gambar yang wajar ditetapkan mempunyai hak cipta dmenjadi longgokan pihak lain berpendapatan.
Ini membuatkan saya tersenyum..budak-budak (di kalangan bangsa saya sendiri tanpa melibatkan bangsa lain) ini menjual apa di facebook dan twitter?
Wajah? Bukankah sudah bersuami?
Bujang? Terlalu tertekankah bila masih bujang?
Masih saya berfikir-fikir apakah produk budak-budak ini?
Adakah betis, peha, dada, rupa diri di dalam selimut sudah menjadi produk budak-budak melayu muslim di facebook dan lolongan yang ibarat permainan 'hide & seek' sahaja di twitter sebagai produk?
Wangkah yang perlu diutamakan tanpa menghormati hak cipta sebagai harta intelek?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan