Jumaat, 11 November 2016

Catatan Sesudah Berada Di Dubai UAE

Masih tidak ditemui Kota Mukmin di bandar-bandar yang berhampiran dengan Kota Mekah dan Kota Madinah.


Tersenyum kembali melihat piawaian untuk menolak ketakutan dan dibebaskan ekspresi hak berasasi... terjun dari bangunan, terjun ke laut yang dalam, mencipta benda-benda yang bukan menjadi keperluan asas masyarakat, mencipta had-had kepantasan yang tidak mengubah kehendak orang-orang miskin dan berpendapatan sederhana yang lebih memerlukan wang untuk kehidupan yang kesemua ini tidak pula mengubah kerakusan yang kaya dalam memenuhi kehendak dan cita rasa, apabila Zulhijjah menamatkan musim panas dengan musim ibadah haji muslimin dengan kekalnya penzahiran akhlak dan moral yang baik kerana ibadah itu sendiri menjadi sebab para syaithon laknatullah berasa disakiti oleh lemparan butiran batu-batu kecil...

Berani berkata benar kepada pemerintah atau penguasa melayu, arab, nasrani, yahudi yang zalim atau kepada penjasa berpakaian seragam (kepada diri sendiri)  yang berkuasa kerana memiliki tanggung jawab adalah keberanian yang semakin mudah dilihat ketika ini.

Adakah kerana generasi mellinium yakni generasi siber teknologi digital ini semakin upaya memahami bahasa undang-undang?

Atau adakah benar keinginan untuk menghormati hak oleh seruan-seruan ayat-ayat al-quran semakin membuka minda para pemeritah untuk menilai semula kedudukan mereka di mata Allah Taála oleh hakikat masa hadapan ummah adalah menuju akhirat?

Zulhijjah dan ibadah haji yang terkandung didalamnya sejarah, gen DNA bangsa arab, pemalsuan identiti syaitan ke identiti manusia, adanya sistem waktu yang teratur oleh peraturan ketertiban, adanya haiwan hadyu dan haiwan qalaid (yang tidak perlu dihujjahkan cara penyembelihannya kerana arahan tiba dari Pemilik alam ini sendiri) kaedah memotong rambut, perapian pakaian, pengurusan keewangan,(haji memerlukan tabungan untuk perbelanjaan), pengurusan kesihatan (haji memerlukan jemaah haji yang sihat dengan memenuhi syarat kesihatan), pengurusan pengangkutan (haji bukan melancong) menghuraikan detik bermulanya Muharam bagi menandakan lengkapnya peredaran Al-Qamar dan As-Syams bagi kalender hijriah.

"Sesungguhnya seorang hamba yang Aku berikan kesihatan pada tubuh badannya dan Aku melapangkan rezeqinya kemudian dia tidak datang mengunjungiKu selepa empat tahun sekali, sesungguhnya rugilah dia."
Hadis Qudsi riwayat Thabarani dan Abu Ya'la).


Apakah malangnya ummat nabi Muhammad sallallahu hu alaihiwassalam jika kekal menghasratkan persamaan dengan ummat yang berjalurkan keturunan keluarga Nabi Ibrahim (pemberhalaan),  Nabi Daud, Nabi Sulaiman (bertemankan jin dan syaitan), Nabi Yusus, Nabi Musa dan Harun, Nabi Zakaria dan Nabi Luth?

Lantas apakah memang benar masih wujud jalur ummat dari zaman Nabi-nabi ini?

Lantas adakah membina jati diri muslim sepenuhnya memerlukan identiti globalisasi?


Tiada ulasan: