Bolehkah
disampaikan apakah saranan sebenar ‘Money Talk’ terhadap pembasmian kemiskinan
berbanding membincangkan keuntungan-keuntungan syarikat-syarikat pelaburan?
Bagaimanakah
kehilangan simpanan tabungan pendapatan rezab sesebuah negara diganti atau dikembalikan?
Adakah kerugian
kesan kelembapan ekonomi boleh dituntut dari penasihat kerajaan atau pengurus
perbendaharaan keewangan serta kepimpinan pada waktu-waktu kemelesetan ekonomi
berlaku?
Bagaimanakah kepimpinan yang membina dinasti diakui dihasilkan oleh
kepimpinan kesatuan-kesatuan barat hasil dari keperluan penyesuaian politik
selepas dekad ke 14 sehingga 16 yang memperbaharui dunia dengan ‘peta’ yang seolah-olah kini mahu diulang semula pemetaannya?
Adakah Amerika
dan England dan Eropah terkecuali dari boleh dibuat tuntutan kerugian ini?
Sejauh manakah
program ‘’Sembang/Bualan Wang” di CNBC dan Blomberg menyokong saranan pembasmian kemiskinan bukan
hanya membincangkan saranan penyelamatan syarikat-syarikat pelaburan
perkongsian kerajaan dan ahli pelaburan ekoran dari krisis dan kelembapan ekonomi?
Bagaimana mass
media berupaya menyederhanakan rakyat dari dilenakan dengan irama yang
merendahkan akal dan moral kita oleh bacaan-bacaan indeks keuntungan syarikat-syarikat utama pelaburan dunia?
Fikh, di manakah diri mu untuk ku fahami syariah mu oleh kejahilan ku?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan