Terapi
psikologi menerusi penulisan dari pengalaman pahit seseorang bukan merupakan
penderaan ke atas jiwa pencatatnya tetapi lebih kepada bagaimanakah hak berperiba dietika, diertkani dan dimaknakan bahawa rahsia yang tidak dikongsikan badalah menjadi kesalahan apabila ia
diketahui melalui pencerobohan.
Lantaran tidak wujud persetujuan untuk bersukarela catatan-catatan bersifat peribadi dikongsikan.
Adakah
kemudahan IT dan pasarana satelit bermatlamatkan tiada sempadan bermakna tiada
undang-undang untuk dihormati?
Adakah ancaman menjadi asas
melahirkan kepercayaan atau budaya tanpa setiakawan yang tidak memerlukan
'standart' moral berpengetahuan?
Merujuk hasrat
wanita kita yang mahu dihukum menurut syariat (ketika itu isu yang diketengahkan adalah wanita muslim yang mahu menjalani hukuman hudud oleh perzinaan yang dilakukan, tidakkah merupakan keinginan
dari rasa keimanan?
Apabila wanita muslim merintis perlaksanaan syariat dengan rela hukuman hudud dilaksanakan ke atas mereka, adakah ia menterjemahkan bahawa mereka sengaja menzahirkan aib
lakunya atau kesungguhan dari rasa taqwa kerana ingin membesarkan syariat itu sendiri?
Sehingga
bilakah empat saksi bagi pertuduhan zina muslimin, qazaf, pengambilan rasuah
dan riba perlu dikutip pungutan pandangan masyarakat dunia terlebih dahulu sebelum dimuktamadkan hukumannya menurut syariat menjadi undang-undang?
Apabila tidak
ada pengakuan perlakuan dosa yang diakui perbuatanya upayakah perlaksanaan syariat
dilaksanakan?
Lantas adakah
wajar lelaki-lelaki muslim berasa tercabar egonya oleh pengakuan dosa wanita-wanita mereka?
Mohon tunjuk
ajar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan