Sabtu, 12 September 2015

Buat Puteri Dan Isteri Prince Al-Waledd Bin Talal


Di Nombor 6-BVH Garden 11-Abu Hamour- Doha- Qatar.

Setelah lama kami tidak bertemu ingin saya minta dia sampaikan catatan kecil ini untuk dibaca oleh bangsawan yang dermawan dari keturunannya sendiri.

Mengapakah jutawannya tidak mewujudkan sebuah wilayah kecil khusus buat pelarian Syria?

Jika Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu dari masa ke semasa membina kerangka bagi negara-negara dunia pertama dan kedua sehingga wujud kategori negara dunia ketiga, tidakkah jumlah 32 billion di dalam nilai dollar itu mampu membina sebuah negara khusus buat pelarian bangsamu sendiri?

Apakah salah sebuah dari wadi dan oasis di negara-negara bangsamu tidak upaya disumbangkan sebagai asas pelarian bangsamu  bertanah air?

Apakah salah sebuah dari telaga minyakmu tidak sedia disumbangkan sebagai asas pelarian bangsa mu bersumber pendapatan?

Apakah di antara pelarian-pelarian bangsamu itu kesemuanya tidak berminda intelek untuk menjadi pengurus tadbir yang upaya menguatkuasakan undang-undang buat para pelarian bangsamu?

Dengan jumlah jutaan pelarian-pelarian ini tidakkah mereka upaya membina asas keperluan yang menyumberkan pekerjaan bila mereka sendiri memerlukan pakaian, makanan, tempat tinggal, sekolah, hospital selain bank sebagaimana penduduk di negara-negara di dunia ketiga yang lain?

Apakah para dermawan bangsamu masih memerlukan imbalan dari jariah mereka setelah Allah Taála menjanjikan mahligai dan bidadari di syurga apabila amal jariah itu atas tawadhuk taqwa mereka?

Apakah mahu dikau katakan kepada mereka, hentikanlah pembinaan menara-menara tinggi di lembah yang menempatkan pusara kekasih Allah Subaha nahu wataála, Muhammad sallallah hu alaihiwassalam?

Tatkala berdekad saudara-saudara Palesteinmu semakin selesa dengan kehidupan baru yang jauh dari tanah mereka yang masih tidak bernegara itu, usulkankanlah agar para pelarian bangsa arabmu itu tidak disia-siakan usia mereka untuk menyempurnakan tanggungjawab mereka hidup di bumi ini.


Sekiranya dikau menuntut jaminan atau pinjaman yang tidak membuatkan bangsamu berhutang, usahlah bergadai dengan tebusan riba dari khalayak yang hanya memikirkan keuntungan.

Agar daku tidak menuntut dermawanmu berasa muflis kerana bantuan seumpama ini bacalah seketika catatan-catatanku ini:


Adakah penurunan interest bunga yakni kadar kejatuhan pengambilan faedah yang tinggi dimonitor oleh bursa-bursa saham?

Faedah dari penurunan harga petrol gagal mengubah masyarakat dunia?

Penurunan harga petrol bukan diimpakkan oleh demokrasi Amerika.

Sosial media dan kepantasan penggunaan komunikasi tidak mengimbuhkan sikap positif dasar-dasar kerajaan di dunia dan PBB sendiri bila dilihat dari sudut pelarian?

Masyarakat dunia gagal memahami kerugian yang diakibatkan dari penggunaan tentera hasil dari propaganda isu keselamatan apabila media eletronik dengan mudah meviralkan laporan yang palsu di gelombang dan frekuensi – perbandingan jumlah perbelanjaan sektor ketenteraan berbanding alat sosial yang mudah mendapat liputan denga harga 0.01 cents?

Islam masih dijadikan subjek yang ‘subversif’ kepada hubungan diplomatik antarabangsa?

Cuba anda huraikan tentang nilai mata wang yang berbeza-beza dengan harga produk dan perkhidmatan bagi sesetengah negara-negara yang nilai mata wang mereka berada di paras yang maksimum tukarannya.

Bagaimanakah harga petrol yang rendah tidak menurunkan harga barang keperluan pengguna?

Mengapakah hanya emas sahaja yang dipajak gadaikan/ dicagarkan dan diterima oleh sesetengah bank?          

Benarkah pelarian berketurunan arab tidak upaya menjadi pekerja yang baik pada sektor perburuhan, pekerja kumpulan sokongan dan pengurusan sesudah tamatnya pembinaan Terusan Suez?

Any device plan for Syrian refugees from hackers and cyber warrior;

Lets measure the large of the deserts that need be develop.

How to learn about the isotherm that can connect the place according to the weather to reduce the cost to take advantage on the lower price on the oil.


Dan apakah pandanganmu andai ku katakan bahawa pemilik tanah haram telah diberi amaran oleh tiupan angin petang semalam 11 September 2015 bersamaan 27 Zulkaedah 1436?

Atau masihkah daku mahu ditomah sehingga banyak masa ku terbuang oleh usaha-usaha yang telah disia-siakan selama ini tatkala kurang dari sepuluh tahun ini daku akan meninggalkan rantau tanah arabmu buat selama-lamanya?

Tiada ulasan: