Sabtu, 24 Januari 2015

Bila Bulan Dan Suria Tiada Bersengketa Manusia Yang Bertamaddun Pula Berpaling Muka

Setelah bermulanya 1436 seakan-akan ketibaan 2015 tidak membawa apa-apa makna setelah lunar Qamariah menjadi penentu kiraan bagi taqwim hijriah.

Jika isu sekecil ini juga mahu dipolemikkan cubalah bertanya sebelum suria terbit sudahkah solat fajar didirikan berbanding solat maghrib sejurus suria terbenam tatkala solat wajib bagi setiap muslim ada lima waktu sehari semalam.

Masih di antara Subuh dan Maghrib masih ramai yang gagal mendirikan solat seleps fajar terbit.

Hanya ini sahaja mengapa meninggalkan solat subuh  sangat besar kesannya kepada ummat Nabi Muhammad sallallah hu alaihiwasalam.
Bukannya kerana mentari yang terbit menjadi kiraan hitungan untuk mengabaikan tahun masihi setelah setahun hijriah hari-harinya berkurangan sebanyak sebelas hari.

Kecil minda jika bulan dipaksa bersaing dengan mentari tatkala ke duanya adalah makhluk yang dicipta oleh Ar-Rabb. Tiada bulan manusia kepenatan tiada mentari manusia sukar menghindari kelemahan oleh rehat yang panjang...
Kecil sangat bila graviti yang semakin dipengaruhi oleh fenomena alam difokuskan sekitar di dalam linkaran yang terhad keluasannya untuk difilemkan naluri kemanusiaan...tatkala setiap tibanya hari Jumaat seluruh makhluk di angkasa, bumi dan lautan kekal berpeluang kembali kepada kehidupan beriman apabila masih Sabtu tiba selepas hari Jumaat.

Beza taqwim hijriah dengan masihi kekal berjumlah sebelas hari setahun namun peristiwa-peristiwa di tahun hijriah itu seperti diringankan sahaja walaupun kesemua peristiwa tercatat sebahagian besarnya di dalam Al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah sallallah hu alaihiwasalam.


"Sesungguhnya bilangan bulan menurut Allah ialah dua belas bulan menurut ketetapanNya pada waktu terciptanya langit dan bumi. Empat darinya adalah bulan-bulan haram."

Bagaimanakah membaca Al-Quran setelah mempelajari makna dan tafsirannya?


Bukankah telah ku katakan Al-Quran ku itu sangat jauh berbeza dengan Biblemu!!!!


Tiada ulasan: