Ahad, 3 Ogos 2014

Eid Fitri Syawal 1435 Hijriah



Bilik 615 & 614
2 Syawal 1435 Hijriah
Ritz Carlton Doha


Pungutan pendapat atau menghormati perbezaan pandangan masih menjadi tuntutan media?

Seolah-olah ingin ku mencelah di pagi yang berbahagia di eidil fitri  perayaan fitrah meraikan keimanan bagi muslimin di seluruh dunia dengan dakwaan kita semua gagal memakmurkan dunia ini kerana:

Margin emas adalah riba dan perjudian.

Kerajaan muslimin sendiri masih menolak syariat Islam menjadi sistem perundangan yang mengurus dan menyusun aktivit rakyat dan masyarakat di negara mereka sendiri. 

Fahaman komunis sudah tidak relevan.

Afrika bukan favorite fokus saya.

Kajian Bible memerlukan rujukan Al-Quran dan hadis Rasullullah sallallah hu alaihiwassalam yang kekal tidak terubah perlu ditangani oleh pihak yang tidak digaji oleh kerajaan.

Demokrasi bukan kaedah untuk menyediakan ummah akhir zaman bila wang menjadi pemangkin untuk ditentukan kuasa parti.

Akhirat adalah masa hadapan ummah.

Khinzir adalah habitat yang membiakkan parasit cecacing dan sangat menuntut penghayatan mengapa ia adalah sumber kepada penyakit apabila Pemilik dunia ini mengharamkan jual beli arak, bangkai, khinzir dan patung-patung walaupun kebijaksanaan masa kini yang mengolah lemak (bangkai tidak disembelih menurut syariat islam) ) dan lemak khinzir yang adunan dohnya diolah yang menukar rasa, tekstur dan nutrisinya.


Fakta arak sebagai sumber penyakit kekal ditolak oleh masyarakat moden khususnya mereka yang bukan islam.

Kesan dari kewujudan institusi Arab dan Sosial Study Israel dan Jerman dalam isu Palestein sebagai sebuah negara dan bangsa untuk siapa bila pelarian rakyat Gazza dan Tebing Barat kekal tidak berstatus walaupun berbangsa arab.)

Anak muda, remaja dan belia dari dunia muslim bukan pembaca buku yang baik untuk memahami perintah-perintah yang terkandung di dalam Al-Quran dan teladan dari sunnah Rasullullah sallallah hu alaihiwassalam apabila kesemua nukilan petikan ayat-ayat Al-Quran wujud realitinya di negara-negara di Semenanjung Tanah Hijjaz. Namun pengekalan Israel untuk mewujudkan keadaan yang tidak tenteram dan dapat dijamin keamanan menjadikan banyak tanah-tanah dan peninggalan sejarah para anbiak tidak dapat diziarahi berbanding negara-negara kejiranannya.

Kemanusiaan tidak bermakna apabila masih keimanan tidak menjadi produk dalam menyedia dan menggarapkan kepimpinan akhir zaman.

Projek pelajar summer di sesetengah negara barat tidak mewacanakan pertukaran persefahaman walau pun pada telah terlalu lama tempuh proses yang dilalui untuk dilihat kejayaan sistem berpendidikan Amerika/Eropah.

Pemikiran pelajar menjadi tidak serius apabila meletakkan  popular sebagai akhir proses yang berdanakan wang... adakah mereka mengetahui kegagalan projek Kfar Atssion?

Medium hiburan dan rangkaian perbadanan penyiaran  gagal 'mendesignkan' sifat baru dalam pembinaan ummat khususnya di media sosial apabila ahli seni hanya meletakkan kecantikan syarat kejayaan.

Anda lihat kesan dari penahan kerajaan pimpinan Dr.Morsi?
Anda lihat kesan dari menafi pilihan majoriti rakyat di Gazza&Tebing Barat?
Anda lihat kesan menahan asset dan khazanah Ikhwan Muslimin yang dibekukan sejak 1948?
Apakah pelajar summer camp anda memahami pengurangan peratus pemilikan tanah yang dihilangkan jika mereka mahu menyelesaian masalah di Israel?
Apakah Kanun Tanah dan pengurusan tanah-tanah di negara Teluk telah diperbaiki sistem pajakannya?

Adakah pelajar projek summer camp di sesetengah negara barat dapat mengkategorikan yahudi dari Rusia, Afrika dan Eropah?
Apakah pelajar projek summer camp di sesetengah negara barat memahami sistem pemeriksaan imegresen dan kastam di Israel terlalu ekstrim?

Merujuk kepada tahun 2006 adakah had sempadan yang ditukarkan garisannya turut dijayakan oleh para pelajar summer camp anda?

Muslimin telah mempunyai tanah-tanah suci di Mekah dan Madinah yang berjaya diamankan oleh jaminan keselamatan dan bagaimana pula Al-Aqsa/Al-Quds?
Adakah ia telah menjadi bangunan ibadah yang menjamin keselamatan sesiapa yang berada di situ?

Bagaimanakah tindakan anda jika muslimin menolak perniagaan Kosher setelah mempunyai hub halal yang dipiawaikan dengan ciri-ciri keselamatan oleh penjenamaan inovasi teknologi pemakanan dan minuman yang bebas dari pengaruh alkohol dan lemak khinzir bagi penarafan kesihatan?

Parti Islam Malaysia berjaya menjadi model parti islam yang boleh dicontohi oleh dunia bersikap sederhana memenuhi piawaian standart politik dunia barat wajar diterima hasil dari keterbukaan kerajaan Barisan Nasional (saya pada waktu ini menyorot isu 'persendaan' ahli umno di MSN)

Pendominasian medan sosial oleh yahudi dan nasrani hanya melengkapkan konsep zionis raya yang menjadikan pengguna muda di dunia muslim sebagai masyarakat pengguna yang dipetakan menurut keperluan medium gajet.


Hasil pelacuran dan perjudian adakah dikenakan cukai yang dikeluarkan zakatnya untuk dijadikan hasil perolehan pendapatan negara di sunia muslim?


P/S:
IKIM tidak bebas untuk berwacana?
Memutus talian pemanggil?