Khamis, 3 Julai 2014

Mengetuk Pintu Syurga Di Bulan Ramadhan?

twitterku di @LelawatiBtMAli masih dibelenggu dengan pertindihan jenama mobile? 
Bagaimana facebook ku mengandungi 'racun' pada madu manis Ramadhan? 


Kesemua nama pena saya telah dipalsukan penggunaannya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.



Ramadhan 

Epik melodrama kehidupan muslim di tanah arab dengan para pelakon bukan muslim telah diberikan watak jajaan dan senda tawa untuk dijenakakan...

Toleransi apakah yang masih dituntut dari keislaman kita oleh teknologi yang memetakan pentas peribadi hak individu sebagai gelanggang untuk ditertawakan

Tidak ku perolehi jawapan duhai Ramadhan sekiranya inilah tempahan buat digonjingkan imam-imam muda dengan laras sukan para dermawan serta jutawan bagi memperdagangkan kebajikan

Hanya kerana kejayaan menjadi budak suruhan menjelang 2022kah?

Yang perlu dipikul secara paksa buat para wanita-wanita yang entah apa jenis agamanya 

Saya berpuasa tetapi mereka masih memaksa

Kemudian saya dilarakan kerana tidak upaya menyibukkan masa dengan taddarus

Mereka ini benar-benar  pendajjal kecil yang tidak mempunyai aib malu

Tidur saya mahu dijadikan masa jaga mereka

Masa jaga mereka mahu dijadikan masa tidur saya

Jenis apakah para pemakan gaji ini ya Ramadhan?

Doa laknat saya tidak diizinkan oleh Ar-Rabbi dan para pengibar sayap-sayap di angkasa

Kepada pereka ilham cipta yang memesin manusia pada jaringan frekuensi dan gelombang jarak sederhana

Mengkotakkan interaksi saya di medan sosial tanpa komunikasi

Membisukan mahabbah saya pada jalur optik yang dikabelkan memasuki tenaga, masa dan jarak bagi melumpuhkan kaedah dan cara saya berinteraksi 

Diasing jauhkan interaksi saya dari keluarga kenalan yang dikenali melalui penyusunan bicara mesra nada ceria yang disulam nasihat pesan memesan di dalam kebenaran sampai menyampaikan kesabaran

Dengan iringan taakul Al-Quran

Dengan irama wasiat iman

Dengan wawancara bersifat kemesraan yang memandaikan

Malah dengan sindiran bersulam ejekan

Saya digunjing untuk berasa bermusuh dengan suami

Setelah jayanya dileraikan ikatan silaturrahim anak kami

Kini saya menanti apa pula seruan mereka seterusnya...

Saya sedar tahap kejahiliahan bangsa ini yang mengedarkan replika 'ad-dabbah' dari pecahan komponan ion-ion proton dan elektron 56 26 Fe 

Namun tidak diketahui itukah makna potongan kecil besi di dalam surah Al-Kahfi

Yang berbicara bersuara mengambil alih perbualan keluarga.

Ramadhan...

Kaji susunan jurai nasab keluargaku telah dipertindankan

Projek ini telah menzahirkan permanipulasian

Nur iman telah mendahului zikrullah

Dan ada pula zikrullah telah mendahului Nur imannya

Rahmat Tuhan turut dijadikan seni hiburankah wahai Ramadhan?

Sempadan tanah-tanah di kejiranan makam Rasulullah sallallah hu alaihiwassalam

Kiranya semua pemetaan telah menjadikan kebingungan bermaharajalela.

Inikah titipan pemalsuan  bulan untuk dijejaki Lailatul Qadar ya Ramadhan?