Jumaat, 14 Februari 2014

Diterimakah Kiriman Email Itu?

From: Lelawati Binti Mohd.Ali (mustar haniff- thanaif@hotmail.com)
   To : thanaif@yahoo.com

    Date : Mon, 8 Sept 2008   10: 15:25 +0800


Assalamualaikum,

Jelas bahawa kegagalan Dasar Ekonomi Baru menatijjahkan kesan jangka masa panjang pemulihannya kepada kehidupan warga yang sedia ada yang telah menikmati hak 'keistimewaan melayu' secara tradisi pewarisannya.


Lantas kerana itu tidak wajar dipertikaikan tindakan-tindakan susulan warga berikutnya bagi mendapatkan pembelaan untuk dikembalikan keadilan dan kebenaran misal, waktu ini jumlah penanggungan hutang Persekutuan perlu didefinasikan sebagai faktor utama kesan ketidakbolehan atau ketidak kecekapan pengurusan harta dan pendapatan negara  yang berkait erat dengan cara pengagihan kekayaan yang tidak telus pengurusannya ke atas negeri-negeri yang mempunyai punca pendapatan mereka sendiri.

(Wajar dinyatakan bahawa pandangan-pandangan ini hanya berdasarkan bacaan dan pengalaman membandingkan tanah air dengan negara di mana saya sedang bermaustautin).


Mengapakah harga minyak mentah yang asalnya murah menjadi mahal setelah diproses berdasarkan kepada jenis-jenis kualiti minyak yang dapat digali dari perut bumi?

Wajar diketahui mengapakah petrol dikenakan cukai yang tinggi bila ia boleh dijual dengan murah dan dijadikan percuma oleh kaedah pertukaran minyak dengan makanan oleh Pertubuhan Badan Dunia di kalangan negara-negara yang terlibat dengan projek bantuan kemanusiaan misalnya?


Kegunaan berdasarkan permintaankah menjadikan ia terus meningkat atau sememangnya tidak upaya dipisahkan jurang yang dalam terhadap perbezaan keuntungan di antara syarikat pengeluar minyak dengan negara pengeluar minyak yang memberi tanya atas sifat apakah tanggungjawab sosial dan kebajikan warga tidak terlaksana seandainya kedua-duanya adalah dimilik oleh esekutif atau pengerusi yang dilanti oleh kerajaan?

Apakah jenis pekerjaan yang mempiawaikan tangga gaji yang amat lumayan hanya untuk tugas dan tanggungjawab menguruskan minyak yang telah siap diproses oleh pekerja-pekerja buruh, separa mahir dan profesional di bahagian senggaraan bagi produksi bahan tersebut?


Jika pergantungan unit tukaran wang yang dilaraskan mengikut pertukaran mata wang asing (yakni negara yang membeli bahan itu wajar diberikan kesempatan menggunakan nilai mata wangnya), apakah tidak ada kewajaran untuk digunakan mata wang negara mereka sendiri yang disukat dan dihitungkan oleh nilai semasa emas atau dinar?


Apakah relevannya terus sentimen kelemahan dollar Amerika atau negara tertentu mempengaruhi keuntungan dan kestabilan masa depan pendapatan perdagangan dari nilai ekspot sesebuah negara lainnya tatkala kerugian dibenarkan untuk menanggung beban hutang kesan dari penurunan nilai dan penyusutan dollar?

Apakah tidak sedia dialternatifkan kesan dari pertikaian bahawa dollar dan pound apabila sampai masanya akan menyusutkan nilai mata wang negara lain apabila ketinggian nilainya akan bersifat statik oleh tempuh masa yang merelevankannya bersifat demikian?

Lalu pergantian kepada unit pilihan apakah tidak akan menghadapi masalah yang serupa?


Pengurusan pembangunan seandainya ditakrifkan secara globalisasi bagaimanakah setelah sedekad perlaksanaannya masih minda ummat (masyarakat yang berpendidikan tinggi) tidak tercerna perubahan inteleknya apabila bersama-sama berada di dalam pasaran terbuka yang mempunyai impak ke atas upah dan kos sara hidup yang tidak banyak berubah dari apa yang dijalani oleh generasi mereka yang terdahulu?


Bagaimanakah yang dimaksudkan sebagai perkongsian fizikal terhadap pemilikan dan sempadan tanah misalnya yang diwujudkan di dalamnya status tanah untuk pertanian, tanah untuk pembangunan dan perindustrian yang diperuntukan untuk pelaburan seandainya wilayah yang daif oleh taraf buta huruf rakyatnya yang bermajoritikan berada di bawah garis kemiskinan diedarkan?

Tidak wajar bantuan kemiskinan sebegitu disolusikan dengan bantuan ketenteraan sebagai satu-satunya cara atas nama bantuan kemanusiaan untuk dipersegikan makna kebajikan.
Manakala perkongian pemikiran idea dan gagasan pula tidak menghadapi halangan dan kesukaran untuk dilunaskan hanya menerusi persepakatan dan perjanjian ekonomi serta perdagangan.


Salam Hormat.