 |
Hanan binti Harith
|
AIDS tiada perkaitan dengan pakaian?
Anakku tersenyum.
AIDS tiada hubungan dengan kebebasan?
Anakku tersenyum
AIDS tidak ada ikatan dengan peradaban?
Anakku tersenyum.
AIDS lambang dan simbol kemajuan.
Ujarnya perlahan.
AIDS tanda penghargaan
Ujarnya perlahan.
AIDS telah mendapat restu dan kelulusan
Ujarnya perlahan.
Pope and Bishop
Never answer and it make me can't stop
To ask church and Vatican and the orthodox
Do AIDS have a mascot?
Catatan saya di IPad amat-amat memeningkan untuk dipastikan tarikh dan hari catatan dilakukan.
Ianya berkisar pada isu Facebook sebagai medan sosial yang tidak menginteraksikan saya dengan sesiapa lalu saya sering kehairanan apabila gagal bersapa serta berbual-bual dengan kaum keluarga dan handai taulan yang berada di Malaysia...apabila susunan cerita dan informasi kaum keluarga saya hampir dimusykilkan tatkala ianya berlainan dengan maklumat yang saya ketahui mengenai mereka.
Facebook kepada saya adalah 'akhbar' yang melumayankan makna komunikasi walaupun dengan bahasa bisu apabila hanya mata sahaja yang berbicara setelah kiraan garis masa dan sempadan menjadikan seolah-olah facebook tidak menerima keberadaan kewujudan individu.
Wujud tiga keadaan yang berbeza apabila membaca 'akhbar' di facebook melalui internet, wi fi dan jalur fiber optik yang telah dijadikan sebagai bangunan oleh sistem komunikasi sehingga mempelbagaikan status pengguna oleh jaringan sosial, kebajikan (charity) badan dan organisasi serta media yang kian mengambil alih fungsi pendidikan.
Ia juga menterjemahkan tentang kemunduran budaya bagi indentiti sesuatu bangsa yang gagal menzahirkan dirinya melalui bahasa.
Sikap ini adalah sifat bina jati diri bagi kebanyakan generasi muda bangsa saya yakni bangsa melayu.
Saya telah menukilkannya pada helaian skrin eletronik di blog tertua saya BentalaKendiriTunjangnyaAkarAkidah yang kini telah dinamakan sebagai
http:// www.lelawatibintimohdali.blogspot.com :
http://lelawatibintimohdali.blogspot.com/search?updated-min=2009-01-01T00:00:00%2B03:00&updated-max=2010-01-01T00:00:00%2B03:00&max-results=50
Melayu yang kian melayu merapu bagai hantu dihujung kuku merah dan biru bermalu ditusuk sembilu sedia ia bermadu kerana bahasa yang kian lesu aduhai melayu yang merapu kikis rindu dengan berlagu cyberjaya apakah telah menjadi tugu?
Kata orang jawa,"melayu!melayu!melayu!"
Kataku,"lari!lari!lari tinggalkan melayu yang kian bisu."
Melayu itu kian berlari bersama keliru
Bahasa yang mahu dimadu
Kasih yang mahu dirayu
Tatkala semua telah melayu
Melayu ! Melayu ! Melayu !
Lari ! Lari ! Lari !
Mahu bertongkat dengan angka satu
Tertiarap mindanya tewas beradu
Meratib realiti menyulam tiru
Sosial setia bersegi penjuru
Sudah alpa peri pelaku?
Pada jelata yang sering memangku
Di atas jemala batu yang berat sedia dibahu,
Yang capik datang bertongkat
Yang buta datang berpimpin
Yang pekak leka bertanya
Yang kecil terambin lintang
Yang jarak bertolak-tolakan
Yang pendek tinjau-tinjauan
Yang kurap mengekor angin.
Sudah lupa kita tidak berkubukan ilmu?
Sudah alpa kita tidak bersusilakan wahyu?
Sudah teruja kita dek megah memandu?
Generasi baru dari kaum muda saya tidak sedia memahami makna pembasmian kemiskinan pada sisi tele komunikasi jalur lebar adalah penurunan kos perkhidmatan bagi pasarana dan sistem aliran pengedaran rangkaian perhubungan alam raya setelah peleburan/pelaburan billion wang tetapi masih menyederhanakan peningkatan pendapatan.
Seperti mana mereka tidak memahami apakah wujud perkara baru dalam konteks pemahaman rakyat awam terhadap perlaksanaan cukai yang tidak membela nasib mereka oleh kenaikan harga barangan pengguna.
Buat 'BORILLA'... dan saudara-saudaranya.
Membaca itu antara cara yang memandaikan kita.