Rabu, 25 September 2013

Dr. Morsi Itu Adalah Lelaki Muslim

Mesir dan Dr Morsi :

Catatan ini ditulis tatkala sedang mendengar siri perbualan di Radio IKIM dan ia hanyalah pandangan bersifat peribadi.

Penyingkiran Presiden Mesir adalah bukti kegagalan pembaharuan demokrasi Amerika terhadap politik di negara-negara arab.

Amerika masih gagal menterjemahkan pembaharuan dasar polisi luarnya setelah 'Ikhwanul Muslimin' menjadi harakah islam yang bersifat sederhana dan diterima sejarah tokoh-tokohnya yang telah disyahidkan sekitar tahun awal penubuhannya.

Apakah konsep spekulatif kekal menjadi asas untuk pelaburan di negara-negara muslim?

Isunya kesan ekonomi telah menterjemahkan kemiskinan bangsa muslimin untuk menabung berbanding berbelanja.

Bolehkah pertanyaan ini diujarkan kepada kerabat dan putra-putri diraja arab untuk memahami tujuan pertanyaan ini?

Masih sumber pendidikan dari Al-Quran dihentikan apabila tajdid dikatakan perlu menempati kemodenan zaman tatkala di tangan bangsa arab mencintai Al-Quran adalah dengan menghafazkan kesemua juzuk-juzuk di dalam kitab yang masih menuntut difahami.

Bolehkah kita mulai memahami Muhammad bin Abdul Wahab dalam ketika kita bukan bangsa arab?

Bagaimanakah kesudahan membaca Al-Quran setelah gagal memahami Hadis? 

Malangnya ialah isu-isu kemanusiaan di tanah arab (Gazza dan kini Mesir) menjadi jalur untuk ahli politik dan NGO  di Malaysia dan negara tertentu mendapat pengaruh tatkala mereka tidak dikenali susuk dirinya selain beberapa tokoh politik kerajaan Pakatan Rakyat.

Lebih malang lagi pengaruh ini gagal mempengaruhi apa-apa keputusan di Libya, Tunisa, Mesir, Iraq, dan Syria masih gagal dilihat peranan tokoh politik atau agama di dunia muslim.

Apakah pandangan ulamak terhadap skop siasah di dalam islam?
Perlukah ianya dijelaskan oleh professor dari universiti barat?
Dan apabila diterima apakah boleh ianya diterima oleh kebanyakan muslimin?

Apakah pandangan pensyarah-pensyarah melayu muslim di unversiti lulusan dari Timur Tengah atau kepimpinan bukan kerajaan terhadap perlunya harakah-harakah islam menandakan hala tuju yang mempositifkan hubungan antarabangsa dengan kata lain sebagai pengubah untuk menangani isu ummah tatkala juru bicara untuk isu kemanusiaan ummat di barat mempunyai hala tuju dan fokus untuk masyarakat kristian dan yahudi melalui pelbagai salur politik, ekonomi, sosial, budaya, dengan jayanya.


Sekarang ini Dr Morsi digagalkan untuk berfungsi sebagai pemimpin setelah tentera mengeluarkan sokongan mereka dan gagal untuk menghormati keputusan pilihanraya yang masih berbaki.

Bagaimana negara islam miskin?

Itu sahaja isunya.
Mengapakah Dr Morsi dijatuhkan?

Kemudian mengapakah rakyat Mesir dibunuh?

Itu sahaja isunya.

Dan rakyat Mesir wajar dibenarkan untuk mendapatkan jawapannya.